Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Tottenham Hotspur tandatangani Sergio Reguilon dari Real Madrid

Published

on

Tottenham telah mengesahkan kemasukan pemain bek kiri Sergio Reguilon dari Real Madrid dengan kontrak lima tahun, dan yuran perpindahan boleh meningkat sehingga £32 juta.

Reguilon, yang akan memakai jersi nombor 3, telah tiba di London menggunakan jet peribadi yang dimiliki oleh pengerusi Tottenham Daniel Levy pada pagi Jumaat, bersama-sama Gareth Bale.

Dengan hadir dari persekitaran sukan elit di mana protokol-protokol virus corona perlu dipatuhi, kedua-dua pemain perlu memberikan keputusan negatif dalam tempoh lima hari sebelum memasuki UK

Advertisement

Reguilon, 23 tahun, telah dinamakan sebagai pemain bek kiri terbaik La Liga atas persembahannya musim lepas semasa dalam tempoh pinjaman di Sevilla.

Walaubagaimanapun, Real Madrid mempunyai pemain yang mencukupi di posisi tersebut, dengan Marcelo dan Ferland Mendy sedia ada di dalam pasukan, jadi mereka sangat berminat untuk menjual Reguilon untuk menambah dana untuk seimbangkan buku mereka.

Pengurus Real Zinedine Zidane mengucapkan tahniah kepada Reguilon atas perpindahannya ini dan berkata pemain bek ini berhak mendapat perpindahan ke Spurs.

“Kami mempunyai dua orang pemain di setiap posisi dan saya mempunyai dua pemain bek,” kata Zidane.

Advertisement

“Apa yang saya tidak boleh ada adalah tiga atau empat kerana kemudian ia akan menjadi masalah. Saya ucapkan semoga maju jaya untuk Reguilon kerana dia mempunyai musim yang bagus di Sevilla dan berhak untuk pergi dan sertai Tottenham.”

Manchester United, Chelsea dan Everton sebelum ini pernah menyatakan minat untuk menandatangani Reguilon, dengan kelab Merseyside tersebut membuat bidaan £18 juta untuk pemain pertahanan ini pada Julai lepas.

Pengurus Spurs Jose Mourinho dilihat sangat berminat untuk menguatkan pasukannya selepas kekalahan mengecewakan 1-0 kepada Everton pada minggu pembukaan musim baru Liga Perdana Inggeris.

Pierre-Emile Hojbjerg sudah sertai kelab dari Southampton dan Matt Doherty tiba dari Wolves pada awal jendela perpindahan. Spurs juga sudah menandatangani bekas penjaga gol England Joe Hart secara percuma

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply