Zack Steffen mahu belajar daripada yang terbaik di Manchester City

Penjaga gol pasukan kebangsaan Amerika Syarikat ini mendedahkan harapannya untuk meningkatkan kemampuan diri selepas kembali sertai kelab Liga Perdana Inggeris itu selepas pinjaman sepanjang musim di Jerman.

Zack Steffen tidak kembali ke Manchester City untuk merasai kehidupan selesa di bangku pemain simpanan.

Dia akan berada di Stadium Etihad musim ini sebagai pemain sandaran kepada penjaga gawang nombor 1 kelab Ederson tetapi pemain berusia 25 tahun ini percaya ia akan sangat membantu dalam kariernya.

Permainan Ederson juga meningkat tinggi sejak dia sertai City dengan kebolehan pemain Brazil ini untuk membuat hantaran tepat di bawah tekanan menandakan dirinya sebagai peneraju gaya baru penjaga gol.

Ia falsafah yang digunakan oleh Pep Guardiola yang melihat perana lebih sekadar menahan rembatan, dengan skil permainan bola ditajamkan di padang latihan dengan bantuan jurulatih penjaga gol Xabi Mancisidor

Dan dari melihat kedudukan sebagai nombor dua sebagai negatif, Steffen percaya ia satu peluang besar untuk meningkatkan permainannya secara menyeluruh dan meningkat sebagai seorang penjaga gol.

Jurulatih penjaga gol Manchester City – Xabi Mancisidor

“Dapat bermain setiap minggu sangat penting untuk penjaga gol muda,” katanya.

“Tetapi saya menandatangani bersama City, saya mahu datang ke City dan belajar dari yang terbaik. Belajar daripada Pep, belajar daripada Xabi dan belajar daripada Eddie. Dan kemudian terdapat ramai pemain-pemain hebat di kelab ini.

“Saya mahu datang ke kelab – saya mahu menjadi lebih baik. Dan sasya percaya untuk menjadi seperti itu, kamu perlu bermain dengan yang terbaik.”

Selepas tempoh singkat di Jerman, dengan Freiburg, Steffen menunjukkan potensinya bersama Columbus Crew dimana dia dinamakan sebagai Penjaga Gol Tahunan MLS sebelum dia berpindah ke City dengan yuran perpindahan £7juta pada Jun 2019.

Semusim pinjaman di Fortuna Dusseldorf dibendung dengan dua kecederaan lutut dan kini dia kembali ke Stadium Etihad dengan meninggalkan kerisauan kecederaan tersebut dan bersedia menunjukkan apa yang dia boleh lakukan.

Dia menggantikan bekas penjaga gol Chile Claudio Bravo, yang banyak bermain dalam perlawanan piala domestik, sementara jadual perlawanan yang terpotong berikutan impak COVID-19 musim lepas mungkin berpotensi memberikan Steffen lebih banyak peluang pasukan utama.

“Ketetapan minda saya hanya untuk datang dan bekerja bersungguh-sungguh, belajar setiap hari dan menikmati perjalanan ini,” katanya. 

“Kerana ia sangat pendek, dan bergerak dengan pantas dan semua yang lain akan hadir mengikut apa yang diperlukan, yang dimaksudkan. 

“Mentaliti saya ialah untuk hadir dan bekerja keras. Tinggalkan semua yang saya ada di luar padang setiap hari dalam latihan, menyokong rakan-rakan dan belajar dari yang terbaik.

“Saya sangat gembira untuk berada di sini dan saya fikir tahun ini akan menjadi tahun pertumbuhan besar untuk saya, jika saya kekal cergas dan sihat. Jika saya bekerja keras, jika saya melakukan semua perkara yang betul saya fikir akan menjadi satu langkah besar buat saya.”

Jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat Gregg Berhalter, yang juga pernah bekerja dengan Steffen di Columbus, telah memuji ketenangan penjaga gawang ini semasa memegang bola dan kualiti tersebut mencadangkan dia mungkin penambahan sempurna untuk pilihan penjaga gol Guardiola.

Seperti Ederson, Steffen mula bermain sebagai pemain outfield semasa zaman pemain junior di Pennsylvania, dimana ia membantu skil permainan bolanya.

Berhalter juga peminat besar Guardiola sebagai seorang jurulatih dan Steffen, yang sudah mendapat 17 caps Amerika Syarikat, berharap dapat membawa skil barunya ke pasukan kebangsaan.

“Saya bertukar semasa saya masih muda, mungkin masa saya berumur 10 atau 11, tetapi saya fikir ia membantu,” katanya.

“Dan saya boleh katakan hanya bermain di Columbus dengan Gregg Berhalter – dia sangat suka gaya Pep. Dia suka memegang bola, suka penjaga golnya dapat bermain dari belakang, membaca permainan dengan baik dan melakukan semua itu, jadi ia sudah tentu membantu perubahan saya ke posisi ini.

“Ia sangat serupa. Saya sudah tentu pelajari perkara-perkara baru, teknik baru di sini, perkara yang akan membuatkan saya lebih baik. Jadi saya hanya perlu percayakan proses dan mengambilnya hari demi hari, langkah demi langkah.”

Dengan City diberikan lebih masa berehat berikutan musim mereka yang dipanjangkan berserta peraturan kuarantin dan perlawanan-perlawanan antarabangsa, skuad utama baru sahaja berkumpula bersama buat pertama kali minggu ini.

Selepas kegagalan dalam kedua Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, tuntutan Guardiola pasti lebih tinggi kerana dia memasuki tahun terakhir dalam kontraknya di Etihad.

Steffen, bersama beberapa pemain baru tiba di kelab, mensasar untuk memainkan peranannya untuk memberikan ‘tenaga baru’ kerana mereka mensasarkan untuk meletakkan cabaran lebih kuat terhadap juara liga musim lepas Liverpool.

“Kami mempunyai beberapa pemain baru yang sentiasa membantu mencari lebih semangat,” tambahnya.

“Tetapi dari apa yang saya dengar, mereka sangat baik, bagus. Persahabatan antara pasukan, kumpulan, sangat rapat dan kuat.

“Jadi kami perlu belajar dari kesilapan kami tahun lepas, dan masuk ke tahun ini, menggunakan mentaliti perlawanan demi perlawanan dan minggu demi minggu dan berada di sana untuk menyokong satu sama lain.”

Zack Steffen berharap dapat membawa setiap ilmu yang dipelajari di Manchester City ke dalam pasukan negaranya
0Shares

Be the first to comment

Leave a Reply