Zlatan Ibrahimovic tandatangani kontrak baru bersama AC Milan

Zlatan Ibrahimovic telah mengakhiri spekulasi perpindahan keluar dari AC Milan dengan menandatangani kontrak baru satu tahun, sehingga musim panas 2021.

Pemain berusia 38 tahun ini dilaporkan akan menerima sekitar €7juta dalam perjanjian baru ini selepas menyinar dalam saingan Serie A musim lepas.

“AC Milan gembira untuk mengumumkan persetujuann telah dicapai untuk pembaharuan kontrak Zlatan Ibrahimovic, melanjutkan perkongsian bersama kelab Rossoneri sehingga 30 Jun 2021,” bacaan satu kenyataan kelab.

Berita ini melonjakkan semangat di kem Milan, sedang mereka melihat untuk meneruskan kebangkitan mereka di bawah Stefano Pioli.

Milan mara dan menamatkan musim lepas di tempat keenam selepas rentetan prestasi dan keputusan perlawanan yang positif yang menyaksikan sembilan kemenangan dan tiga seri dari 12 perlawanan terakhir Serie A, selepas banyak menghabiskan kebanyakan masa musim lepas di pertengahan liga.

Peranan Ibrahimovic dalam peningkatan prestasi ini sangat jelas. Rossoneri hanya tewas dua perlawanan liga sejak ketibaannya dari LA Galaxy pada Januri, di mana dia menjaringkan 10 gol dan membuat lima bantuan gol dalam 18 penampilan liga.

Zlatan Ibrahimovic (tengah) menjadi tunjang utama kebangkitan Milan musim lepas

Dia menjaringkan 53 gol dalam 58 penampilan sepanjang dua musim di Major League Soccer (MLS) sebelum memilih untuk kembali ke Milan.

Zlatan pernah bermain untuk Milan dari 2010-12.

Milan terdesak untuk mengekalkan Zlatan selepas persembahan hebatnya musim lepas, tetapi ketidakpastian di sekitar kelab yang menyaksikan dia tidak bersama dalam kumpulan pasukan yang kembali berlatih persediaan musim baru.

Dia menanti akan perjanjian yang tepat untuk kontraknya, dan kini akan kembali berlatih bersama rakan sepasukan yang lain.

Ibrahimovic dilaporkan mungkin akan meninggalkan kelab jika Milan meneruskan perancangan untuk menggantikan Pioli dengan bekas pengurus RB Leipzig Ralf Rangnick pada penghujung musim, tetapi kelab itu sudah membuat pusingan U – dengan memberikan kontrak baru kepada Pioli – yang membantu meyakinkan penyerang tersebut untuk kekal.

Milan sudah menyaksikan beberapa pemain seperti Suso, Pepe Reina, Lucas Biglia, Ricardo Rodriguez dan Giacamo Bonaventura meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Kelab Itali ini akan memulakan kempen Europa League pada 17 September dengan berkunjung ke Shamrock Rovers dalam sebahagian daripada pusingan kedua kelayakan pertandingan itu.

1Shares

Be the first to comment

Leave a Reply