AC Milan membawa masuk Diogo Dalot dari Manchester United

Pemain berusia 21 tahun ini sertai AC Milan secara pinjaman semusim, selepas membuat 35 penampilan dalam semua pertandingan untuk the Red Devils.

Diogo Dalot sertai United dari FC Porto pada 2018 dalam perjanjian bernilai £19 juta tetapi dia tidak boleh mendapat tempat bermain secara kerap dalam pasukan Ole Gunnar Solskjaer.

Dipuji oleh bekas pengurus kelab Jose Mourinho sebagai “pemain bek terbaik di Eropah” dalam kumpulan umurnya selepas melengkapkan perpindahan ke England, pemain skuad bawah 21 tahun Portugal ini bergelut untuk memenuhi kata-kata Mourinho tetapi telah menyatakan keinginannya untuk berjaya di kelab pada Jun lepas..

Dia berkata: “Sungguh bagus untuk mula berasa yakin kembali dan berasa selesa dengan kecergasan saya. Saya akan bekerja keras dan memastikan saya berhak bermain di sini. Sebab itu saya datang ke sini. Saya mahu menjadi pemain bek kanan terbaik yang saya boleh jadi di Manchester United.

“Mereka [kecederaan] adalah pengalaman hidup. Ini adalah bolasepak dan kamu perlu bersedia dengan cabaran seperti ini. Sudah tentu saya masih muda semasa semua ini berlaku tetapi di dalam minda saya, saya sentiasa mencuba untuk menjadi positif dan di masa depan, saya akan jadi kuat, fizikal dan mental.

“Saya fikir saya mempunyai keupayaan untuk bermain di bek kanan untuk kelab ini dan saya akan menunjukkannya.”

Dalot hanya bermain sekali sahaja untuk United musim ini, dalam kemenangan 3-0 ke atas Brighton dalam perlawanan Piala Carabao pada hari Rabu lepas..

Dia terbang ke Itali pada hari Sabtu untuk menjalani ujian kesihatan di Milan sebelum menandatangani kontrak perjanjian sementara.

The Rossoneri sangat sibuk dalam jendela perpindahan ini, dengan Ante Rebic, Simon Kjaer dan Alexis Saelemaekers menyertai kelab secara tetap selepas bermain secara pinjaman pada musim lepas.

Sementara itu, Sandro Tonali dan Brahim Diaz sertai kelab masing-masing dari Brescia dan Real Madrid, untuk kempen 2021/21.

Jens Petter Hauge dibeli dari Bodo (kelab Norway), sementara penjaga gol berusia 34 tahun Ciprian Tatarusanu dan pemain bek kanan berusia 20 tahun Pierre Kalulu, sertai kelab dari Lyon.

Aksi tunggal Diogo Dalot bersama Manchester United musim ini
1Shares

Be the first to comment

Leave a Reply