Andreas Pereira sertai Lazio secara pinjaman semusim

Pemain tengah Manchester United ini mengesahkan perpindahnnya ke kelab Serie A secara pinjaman semusim.

Perpindahan ini termasuk dengan pilihan membelinya dengan harga €27 juta (£25 juta), dengan Pereira baru sahaja menandatangani kontrak baru jangka masa panjang dengan Red Devils pada 2019.

Tempat pemain berusia 23 tahun ini dalam pasukan utama semakin terancam berikutan ketibaan Bruno Fernandes dan Donny van de Beek dan bergelut mendapatkan minit bermain. 

Pereira tidak termasuk dalam mana-mana skuad perlawanan dua perlawanan pertama liga musim ini selain tidak mendapat tempat dalam skuad United dalam kemenangan dua perlawanan Piala Carabao menentang Luton Town dan Brighton.

Pemain kelahiran Duffel di Belgium ini membuat 40 penampilan dalam semua pertandingan musim lepas untuk United, dan 75 penampilan (empat jaringan gol, dua bantuan gol) secara keseluruhan karier United setakat ini.

Dan dengan kedua-dua pihak kelab dan pemain bersikap terbuka untuk perpindahan, perjanjian sudah dicapai dengan Lazio untuk kempen 2020/21.

Difahamkan juga, bersama pilihan membeli pada penghujung musim, kelab Itali ini juga akan membayar sepenuhnya gaji Pereria semasa tempoh bermainnya di Itali.

466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply