Connect with us

Bayern Munich

Bayern Munich tandatangani Marc Roca dari Espanyol

Published

on

Pemain tengah ini mengatakan berpindah ke kelab gergasi Jerman itu seperti impian menjadi kenyataan selepas 11 tahun bersama Espanyol.

Marc Roca menandatangani kontrak lima tahun bersama Bayern Munich selepas Espanyol menerima bayaran perpindahan €15 juta dengan tambahan €5 juta dalam bentuk bonus.

Roca sertai Espanyol pada usia 11 tahun dan meningkat naik dari sistem pemain muda kelab sehingga membuat debut pasukan utama pada Ogos 2016.

Advertisement

Pemain berusia 23 tahun ini membuat 121 penampilan dalam semua pertandingan untuk pasukan Catalan ini tetapi akan meneruskan kariernya di Jerman sebagai sebahagian daripada pasukan Hansi Flick.

Roca, yang juga pemain skuad bawah 21 tahun Sepanyol, berkata dia sudah lama impikan bermain untuk juara Eropah dan teruja untuk mula bermain dengan kelab barunya.

“Saya sangat gembira. Ini satu impian menjadi kenyataan,” Roca memberitahu website rasmi kelab selepas perpindahannya disahkan.

“Saya fikir Bayern adalah kelab terbaik di dunia dan mempunyai tradisi kuat. Saya memandang ke hadapan untuk memakai jersi kelab hebat ini..”

Advertisement

Pengarah bolasepak Bayern, Hasan Salihamidzic, berkata dia menjangkakan lebih daripada pemain terbaru kelab itu.

“Kami sangat gembira dapat menandatangani Marc Roca,” kata Salihamidzic.

“Dia sangat sesuai dengan pasukan kami sebagai seorang pemain dan insan, dan dia akan terus mengembangkan permainannya di sini bersama kami. Kami pasti dia akan menambah nilai hebat untuk pasukan kami.”

Roca merupakan pemain baru keempat Bayern dalam jendela perpindahan ini, berikutan pembelian Leroy Sane dari Manchester City dan kemasukan secara percuma Tanguy Nianzou dan Alexander Nubel, masing-masing dari Paris Saint-Germain dan Schalke 04.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply