Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Caglar Soyuncu berehat tiga bulan

Published

on

Pemain pertahanan tengah Leicester telah mengalami kecederaan koyak abductor yang akan mengetepikannya selama tiga bulan. 

Caglar Soyuncu, berusia 24 tahun, mengalami kecederaan ini semasa menjalani tugasan antarabangsa bersama Turki dan terlepas aksi semasa Leicester tewas 1-0 kepada Aston Villa awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Soyuncu telah menjalani imbasan pada hujung minggu yang mendedahkan tahap kecederaannya dan mengesahkan berita buruk Leicester.

Advertisement

Leicester sudah pun kehilangan pemain tengah utama Wilfred Ndidi dengan jangka masa yang lebih kurang sama, sementara penyerang Jamie Vardy tidak bermain menentang Villa akibat masalah betis.

Namun begitu, mereka berpeluang menurunkan Wesley Fofana untuk debutnya sejak perpindahan dari Saint-Etienne.

Pengurus kelab Brendan Rodgers berkata: “Otot terkeluar dari tulang jadi dia mungkin tidak beraksi selama tiga bulan di mana ia sesuatu yang mendukacita buat dirinya dan kehilangan besar buat kami.”

Kecederaan Soyuncu ini akan menyaksikan dia terlepas peringkat awal kempen Europa League Leicester, yang dijadualkan bermula pada 22 Oktober apabila the Foxes berdepan lawan dari Ukraine, Zorya Luhansk.

Advertisement

Di peringkat domestik, Leicester akan berkunjung ke Arsenal pada 25 Oktober nanti.