Claude Puel mahukan Saliba kembali ke Perancis.

Pengurus pasukan Saint-Étienne menjelaskan pemain Arsenal itu mempunyai ‘keinginan besar’ untuk berpindah pada hari terakhir jendela perpindahan.

Tidak mengejutkan kita semua apabila Arsenal begitu sibuk pada hari terakhir jendela perpindahan, dengan kita semua akhirnya menyaksikan kedatangan Thomas Partey.

Boleh dikatakan ianya adalah sesuatu yang mengejutkan sebahagian besar dunia bolasepak ini kerana Arsenal telah menebus klausa pelepasan pemain tersebut berjumlah £45 juta.

Arsenal have completed the signing of Thomas Partey from Atlético Madrid after a dramatic day in which they met his £45m release fee with hours to spare before the transfer deadline, securing a player Mikel Arteta hopes will transform his midfield. – The Guardian.

Manakala Arsenal turut melakukan beberapa ‘pembersihan’ pemain dalam membawa masuk pemain baharu dan ini termasuklah kes William Saliba.

Saliba dibawa masuk musim lalu namun hanya kembali ke Emirates musim ini setelah menamatkan tempoh pinjaman semusim di Saint-Etienne dan kembalinya dia bersama Arsenal bagaimanapun bukanlah cerita indah.

Pemain pertahanan muda ini difahamkan tidak akan mendapat peluang bersama pasukan utama musim ini dan oleh itu pinjaman untuk ke kelab lain dilihat sesuatu yang pasti dengan Saint-Etienne dikaitkan kembali untuk urusan tersebut (pinjaman).

Semuanya tampak berjalan lancar sehingga gerakan akhirnya runtuh, dengan pasukan Ligue 1 menyalahkan Arsenal untuk itu, sementara The Gunners pula mengaku tidak bersalah.

Claude Puel, yang inginkan Saliba kembali bagi mengisi ruang setelah Wesley Fofana dijual kepada Leicester City, kecewa dengan perkara ini dan memberitahunya dalam wawancara bersama L’Equipe pada hari Jumaat.

Dia berkata: “Kami mencuba.

“Dia mempunyai keinginan besar untuk kembali. Kelab ini seperti keluarga dan rakannya.

“Penyesuaiannya akan segera berlaku dan itu akan dilakukan sekiranya semua syarat dipenuhi.

“Sebilangan besarnya harus tetap bergantung kepada kewangan dan kontraknya, dari segi perbincangan.

“Sekarang dan untuk masa depan, kami tidak membenarkan campur tangan ”.

Sejak itu, ada juga cakap-cakap mengenai Saliba berpotensi berpindah secara pinjaman ke kelab Kejuaraan (Championship), tetapi dengan tarikh akhir pada hari Jumaat (semalam) dan Saliba tidak kemana-mana, dia mungkin harus bersabar, bekerja keras dan mencuba untuk masuk ke pasukan utama Mikel Arteta.

*Jendela perpindahan domestik ditutup pada jam 5 petang, 16 Oktober 2020 dengan kelab hanya dapat berurusan (sama ada pinjaman atau pendaftaran tetap) dengan pasukan EFL (jadi bukan di peringkat antarabangsa atau dengan kelab Liga Perdana lain).

1Shares
About MyGooners 807 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment

Leave a Reply