Connect with us

Liga Perdana Inggeris

Crystal Palace tandatangani Jack Butland secara tetap

Published

on

Jack Butland menyertai Crystal Palace dari Stoke City dengan yuran perpindahan awalan £1 juta, dan boleh meningkat lebih besar dengan beberapa bayaran tambahan.

Penjaga gol Inggeris ini menandatangani kontrak tiga tahun, dan sertai kelab selepas penjaga gol nombor 2 Palace Wayne Hennessey mengalamai kecederaan tumit semasa menjalani tugas antarabangsa bersama Wales dan akan memberikan persaingan untuk Vicente Guaita.

Butland, yang memenangi caps pertama England di bawah pengurus Palace sekarang Roy Hodgson, telah tersingkir dari Liga Perdana Inggeris bersama Stoke pada 2018 dan bergelut untuk menampilkan prestasi baik di Championship.

Advertisement

Dia menjadi pemain kelima yang tiba di Selhurst Park sejak musim lepas, selepas Eberechi Eze, Mitchy Batshuayi dan Nathan Ferguson yang ditandatangani semasa jendela perpindahan biasa, sementara bekas graduan akademi kelab Nathaniel Clyne kembali dengan kontrak jangka masa pendek.

Penjaga gol baru Crystal Palace – Jack Butland

Setelah mendapatkan khidmat Butland, pengerusi Palace Steve Parish berkata: Kami telah menambah seorang lagi pemain berpengalaman berkaliber tinggi ke dalam pasukan kami. Ini menandakan jendela perpindahan yang berjaya buat kami, dengan lima pemain baru berkualiti, menambah kedalaman pasukan ke dalam pasukan Roy.”

Hodgson menambah: “Saya sangat gembira kelab berjaya mendapatkan Jack dan bersaing di antara para penjaga gol di kelab. Jack merupakan seorang pemain yang sudah bekerja dengan saya selama empat tahun di England.

“Perlawanan terakhirnya untuk saya sebagai pengurus England sungguh tidak bernasib baik di mana dia telah mengalami keretakan buku lali dan menyebabkan dia tidak dapat menyertai pasukan ke kejohanan Euro 2016. Tetapi saya sentiasa percayakan potensi Jack.

“Saya sedar tempoh terakhirnya di Stoke bukanlah salah satu tempoh yang menggembirakan tetapi saya percaya dengan kualitinya, datang ke kelab baru membolehkan dia menghidupkan semula kariernya dan menunjukkan sekali lagi betapa bagusnya dia sebagai seorang penjaga gol.”

Advertisement

Butland, yang dalam tahun terakhir kontraknya di Stoke, tidak membuat sebarang penampilan di bawah Michael O’Neill musim ini.

Dia membuat 168 penampilan untuk the Potters berikutan perpindahannya dari Birmingham pada Januari 2013 dengan yuran perpindahan £3.5 juta.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply