Danny Welbeck sertai Brighton & Hove Albion

Bekas penyerang Arsenal ini telah sertai Brighton secara percuma dari Watford.

Danny Welbeck tidak mempunyai kelab selepas bersetuju dengan Watford untuk menamatkan kontraknya pada awal bulan ini.

Pemain berusia 29 tahun ini menghabiskan semusim di Vicarage Road, menjaringkan dua gol dalam 18 penampilan Liga Perdana Inggeris, tetapi tidak dapat menghalang pasukannya dari tersingkir ke the Championship.

Brighton memberikan peluang kepada Welbeck untuk meneruskan kariernya di liga teratas, menandatanganinya sebagai ejen bebas.

Graham Potter percaya pemain yang memenangi Liga Perdana Inggeris bersama Manchester United sebelum bermain lima tahun di Arsenal akan menambah kualiti tinggi ke dalam barisan serangannya di Stadium Amex.

“Kami gembira menerima Danny. Dia akan melengkapi pilihan serangan sedia ada kami,” boss the Seagulls memberitahu laman sesawang rasmi kelab.

“Dia mempunyai kebolehan yang tidak boleh diragui, dia pantas dan bagus secara teknikal. Dia akan menambah ancaman serangan kami dan kami teruja menambah seorang pemain yang berkualiti dan berpengalaman seperti dia.”

Pengarah teknikal Brighton Dan Ashworth menambah: “Saya fikir ketibaan Danny merumuskan apa yang kami rasa satu jendela yang baik untuk kelab.

“Terdapat banyak perancangan, ketekunan, dan kerja keras dilakukan di bahagian pengambilan, dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada bahagian-bahagian lain kelab atas usaha mereka untuk mencapainya.”

Welbeck tidak membuat debut untuk the Seagulls semasa kunjungan mereka ke Selhurst Park untuk berhadapan dengan Crystal Palace semalam.

Bekas pemain antarabangsa England ini akan bersaing tempat kesebelasan utama bersama Neal Maupay dan Aaron Connolly, dengan Maupay merupakan antara penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris 2020/21 setakat ini.

Maupay telah menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan pertama musim baru Brighton, tetap mereka terpaksa melihat diri mereka di kedudukan 16 liga selepas hanya mengutip tiga mata dari kemungkinan mata penuh 12 mata.

Be the first to comment