Emery terluka dengan tindakan pemain muda Arsenal.

Yunus Musah

Bekas pengenali Arsenal, Unai Emery kecewa dan terluka dengan ‘pemergian yang tidak dijangka’ pemain muda Arsenal.

Valencia telah menyaksikan beberapa pemain pasukan utama mereka meninggalkan kelab baru-baru ini dan kekurangan aktiviti di jendela perpindahan musim panas, menyaksikan mereka telah mempromosikan beberapa pemain akademi ke pasukan senior mereka.

Yunus Musah merupakan antara pemain tersebut dan dia telah membuat debut La Liga pada bulan September, setahun setelah bergabung dengan pasukan Sepanyol dari Arsenal.

Pemain berusia 17 tahun itu menghabiskan tujuh musim bersama akademi The Gunners sebelum meninggalkan Emirates ke Mestalla pada 2019.

Ketika musim terakhir Unai Emery di Arsenal, Marca menjelaskan bahawa pengendali itu mahu memasukkan pemain tengah muda tersebut ke dalam rancangannya di Emirates.

Pada masa itu, Musah berusia 16 tahun dan merupakan ‘salah satu pemain berbakat besar’ dalam sistem akademi Arsenal.

Namun, anak muda itu memutuskan untuk meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris untuk Valencia dan ‘pemergian yang tidak dijangka’ dari Arsenal ‘melukai’ Emery.

Musah telah membuat empat penampilan liga untuk bagi pasukan Javi Gracia musim ini.

Emery kini mengendalikan Villarreal dan pasukannya akan menentang Valencia dalam liga pada hari Ahad.

Kedua-duanya akan ‘bersatu kembali’ buat pertama kalinya setelah meninggalkan Emirates pada 2019.

About MyGooners 827 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment