Emiliano Martinez tidak menyesal keluar dari Arsenal

Penjaga gol Argentina ini menyatakan dia tidak menyesal untuk berpindah keluar dari Arsenal dan sertai Aston Villa pada musim panas ini.

10 tahun pertalian Martinez dengan Arsenal berakhir selepas dia melengkap perpindahan £20 juta ke Villa Park pada 16 September.

Dia menyertai akademi the Gunners pada 2010 sebelum diserap masuk ke skuad senior dua tahun kemudian, tetapi berakhir dengan dihantar ke kelab lain secara pinjaman sebanyak enam kali di antara 2012 dan 2020.

Jika tidak kerana kecederaan serius yang di alami Bernd Leno [lawan Brighton], Martinez mungkin tidak diberikan peluang untuk bersinar, dan apabila peluang itu tiba, dia pantas menempatkan dirinya sebagai hero pujaan di kalangan penyokong kelab.

Pemain berusia 28 tahun ini beraksi dengan sangat baik di gawang Arsenal semasa kelab menamatkan kempen liga yang lepas dengan kuat, sementara beraksi dalam kesemua perlawanan Piala FA, menyebabkan Mikel Arteta pening kepala dalam pemilihan penjaga gol utama pasukan menjelang musim baru.

Pengurus Sepanyol itu akhirnya memutuskan untuk kekalkan Leno sebagai penjag gol nombor satu sebaik sahaja penjaga gol Jerman itu kembali cergas sepenuhnya, tetapi Martinez tidak bersedia untuk berada di sekitar situ dan menjadi penjaga gol sandaran lagi.

Dia menyertai Villa untuk mendapat peluang bermain secara kerap dalam pasukan kebangsaan Argentina, dan dia tidak menyesal atas keputusannya meninggalkan Stadium Emirates.

“Saya dalam keadaan terbaik dalam karier saya dan bila saya tidak mempunyai kepastian dalam minit permainan, saya tidak pasti untuk kekal,” Martinez memberitahu Sky Sports.

“Saya berjuang untuk menjadi penjaga gol nombor satu Argentina, itu impian saya.

“Aston Villa sebuah kelab yang besar, saya tidak rasa sangsi untuk datang ke sini. Semua orang fikir ia satu langkah ke belakang berpindah dari Arsenal ke Villa, tetapi saya sebenarnya fikir ia satu langkah ke hadapan dalam karier saya.”

Bekas penjaga gawang the Gunners ini menyangkal sebarang cadangan mengatakan dia gembira berada di bangku simpanan di Emirates hampir sedekat, sebelum menggariskan cita-citanya untuk layak ke Eropah bersama Villa menjelang pertemuan dengan penyandang juara Liga Perdana Inggeris Liverpool pada hari Ahad.

“Mereka tidak tahu berapa banyak kali saya berjuang untuk keluar dari bangku simpanan. Saya mempunyai sembilan penjaga gol dihadapan saya,” tambah Martinez.

“Semasa di bangku simpanan, saya mahu menjadi nombor satu. Sebaik sahaja saya mendapat jersi nombor satu, dan saya tidak pasti saya akan mengekalkannya, saya kata saya akan pergi dan menjadi nombor satu di tempat lain.

“Cita-cita saya adalah sentiasa mencuba menjadi nombor satu di Arsenal, hadir menerusi akademi mereka bukanlah mudah. Mereka yang bercakap di luar bolasepak tidak tahu apa-apa mengenai bolasepak.

“Saya mahu berada di Eropah bersama Villa musim depan. Semua orang di kelab fikir kami boleh mendapat musim yang hebat, yang memberi dorongan kepada saya. Kami mendapat dua kemenangan berturut-turut, jadi kami tidak ada untuk dirisaukan menentang Liverpool.

“Jika kamu mahu mencapai sesuatu dalam liga, kamu perlu menewaskan yang terbaik, dimana itu yang akan kami cuba lakukan pada hari Ahad.”

466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply