Harry Clarke sertai Oldham Athletic

Pemain pertahanan akademi Arsenal ini menyertai kelab League One Oldham Athletic secara pinjaman sehingga penghujung Januari 2021.

Harry Clarke sudah berada di kelab sejak 2015, dan menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama kelab pada Ogos 2018.

Dan selepas menunjukkan prestasi yang baik, dia menerima tawaran kontrak baru dan menandatanganinya pada 2019.

Harry boleh bermain di posisi pertahanan tengah atau bek kanan, dan perpindahannya ke Boundary Park sangat diperlukan bagi mendapatkan minit bermain dengan pasukan utama sebagai sebahagian daripada proses perkembangannya.

Penampilan terakhirnya untuk Arsenal musim ini adalah ketika mengetuai pasukan bawah 21 tahun mencatat kemenangan 2-1 ke atas Crawley Town dalam perlawanan peringkat kumpulan trofi EFL.

1Shares

Be the first to comment

Leave a Reply