Connect with us

Arsenal

Joe Montemurro puji Vivianne Miedema

Published

on

Pemain skuad wanita antarabangsa Belanda itu menjaringkan tiga gol membantu pasukannya menewaskan musuh utama utara London Tottenham Hotspur dalam perlawanan liga semalam.

Pengurus pasukan wanita Arsenal Joe Montemurro percaya Vivianne Miedema boleh menjadi lebih bagus setelah mengukir namanya sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang masa Barclays FA Women’s Super League.

Arsenal menang perlawanan derbi utara London dengan keputusan 6-1, dengan tiga gol dijaringkan oleh Miedema, menjadikan jumlah jaringan gol liganya setakat ini adalah 52 gol dari 50 perlawanan liga.

Advertisement

Ini adalah rekod terbaru pemain berusia 24 tahun ini, yang sudah pun menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang masa negaranya, dan pengurusnya percaya banyak lagi yang boleh disumbangkan olehnya.

“Kebolehannya untuk menjadi lebih baik sudah ada di dalam dirinya. Dia boleh menjadi lebih baik. Dia adalah seseorang yang mahu menjadi lebih bagus, mahu mencabar dirinya sendiri, kerana masih banyak lagi pembelajaran dan perkembangan di hadapannya,” katanya.

“Saya suka bekerja dengannya dan mempunyai dia sebagai sebahagian daripada kumpulan, dan selagi Viv tersenyum gembira kita akan terus melihat Viv yang lebih baik.

“Kita lihat dari perspektif bolasepak, minggu demi minggu, sumbangan yang dilakukan Viv sebagai seorang pemain bolasepak, tetapi saya bertuah menjadi sebahagian daripada senario hariannya.

Advertisement

“Dia seorang yang hebat untuk pasukan, seorang pemain berpasukan. Saya dikurniakan dengan 23 pemain yang bekerja sesama mereka.

“Perkara yang menyegarkan [semasa permainan] adalah para pemain yang cedera [yang duduk] di belakang saya, tenaga dan galakan untuk para pemain, dan Viv adalah sebahagian daripadanya. Dia juga seorang manusia yang baik di luar bolasepak.

“Memang hebat melihat dia mempunyai kebebasan dan peluang untuk menjadi sebahagian daripada bahagian serangan kami dan dia mendapat ganjaran daripada itu.”

Vivianne Miedema. Penyerang prolifik pasukan wanita Arsenal

Selepas mencipta rekod baru jaringan gol, tidak ada tanda Miedema mahu memperlahan rentaknya, sudah pun menjaringkan 10 gol dalam lima perlawanan liga musim ini.

Penyerang ini sudah menandatangani kontrak jangka masa panjang dengan Arsenal pada Disember 2018 dan sejak itu telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia.

Advertisement

Montemurro berkata kelab merancang untuk berbincang dengan Miedema mengenai kontrak baru dalam masa terdekat, menambah: “Ia sesuatu yang kami akan lakukan seawal mungkin – sekitar November.

“Kami sudah melihat arah tuju kami pada tahun depan dan tahun-tahun akan datang, tetapi sudah jelas Viv akan berada di tempat teratas dalam senarai dan kami akan melakukan segalanya untuk memastikan Viv kekal sebagai sebahagian daripada kumpulan ini.

“Dia bahagian penting dalam kumpulan, sudah jelas sebagai seorang pemain bolasepak, tetapi di luar padang juga, kualitinya sebagai seorang insan juga bagus.”

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply