Jurang dengan Liverpool masih besar – Mikel Arteta

Pengurus the Gunners ini cepat mengingatkan masih terdapat perbezaan ketara di antara kedua-dua kelab ini pada masa ini.

Pasukan Arteta berjaya menewaskan the Reds dalam pusingan keempat Piala Carabao pada malam Khamis (waktu UK) dengan keputusan akhir selepas 90 minit perlawanan berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Dalam penentuan sepakan penalti, penjaga gol Bernd Leno bertindak cemerlang dengan menyelamatkan dua sepakan penalti untuk membantu pasukannya layak ke pusingan seterusnya.

Arsenal kini telah memenangi tiga daripada empat perlawanan menentang Liverpool sejak Arteta mengambil alih di Emirates – dengan dua kemenangan diraih menerusi penentuan sepakan penalti.

Bernd Leno menyelamatkan sepakan penalti Harry Wilson

The Reds menewaskan the Gunners 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris bulan lepas dan mendapat lebih 43 mata dalam liga musim lepas. 

Sambil menyedari Arsenal masih perlu terus meningkatkan kemampuan sendiri, Arteta percaya pasukannya berada di laluan yang betul kerana mereka mahu mencapai tahap Liverpool. 

“Saya sangat gembira dengan persembahan ini. Saya fikir mereka sangat menakjubkan. Kami perbetulkan beberapa perkara dari perlawanan hari Isnin dan ia sangat bagus,” Arteta memberitahu Sky Sports dalam sesi temubual pasca-perlawanan. 

“Kami bersaing dengan lebih baik, dengan tahap agresif yang kami ada, sangat menakjubkan dengan cara kami menekan mereka dengan lebih tinggi.

“Bernd Leno sangat bagus. Kami mendapat dirinya apabila kami memerlukannya. Kamu memerlukan satu persembahan hebat individu untuk menang di Anfield dan ini yang kami ada pada malam ini.

“Saya sangat mempercayai Bernd. Saya sangat mengenalinya dan apa yang dia boleh berikan kepada kami. Kami tidak mahu Emiliano Martínez pergi tetapi ia mungkin yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

“Untuk datang ke sini dan bermain dengan keazaman dan keberanian adalah satu langkah besar ke hadapan untuk pasukan. Mereka berada di laluan yang betul.

“Jurang dengan Liverpool masih besar. Kami akan terus bertambah baik dan cuba untuk mencapai tahap mereka.”

Arsenal telah diundi menentang Manchester City dalam pusingan suku akhir Piala Carabao dan Arteta bersedia untuk berhadapan dengan bekas kelabnya, tempat di mana dia mempelajari segala yang mungkin di bawah Pep Guardiola

“Saya menanti dan menikmati kejayaan ini dan kemudian kami akan bermain lawan Manchester City,” tambah Arteta. “Terdapat banyak pasukan kuat yang masih tinggal dalam pertandingan ini dan kami akan bersedia untuknya.”

466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply