Connect with us

Liverpool

Jurgen Klopp risau akan risiko corona virus semasa minggu rehat perlawanan antarabangsa

Published

on

Dia akui dia risau untuk melepaskan pemain-pemain Liverpool untuk menjalankan tugas bersama pasukan antarabangsa di saat wabak virus corona masih berterusan.

Jurgen Klopp akan membawa pasukannya menentang Aston Villa pada petang Ahad (waktu tempatan) sebelum jurang 13 hari dalam jadual perlawanan domestik yang akan menyaksikan sebahagian besar pasukannya bermain untuk pasukan negara masing-masing.

Kerisuannya mengenai situasi ini berdasarkan fakta pemain-pemainnya akan terbang ke negara-negara yang tidak mempunyai protokol-protokol virus corona yang jelas, dan para pemain dijangka akan kembali beraksi dalam saingan liga pada hujung minggu selepas perlawanan antarabangsa pada pertengahan minggu.

Advertisement

“Saya tidak mahu bunyi kurang rasa hormat mengenai bagaimana negara-negara lain melakukannya tetapi di sini kami tahu bagaimana kami mengendalikannya,” kata Klopp.

“Jadi saya berasa sedikit risau kerana sukar untuk berhubung dengan semua persatuan bolasepak di seluruh dunia.

“Saya sangat memahami kesukaran sitausi yang hadapi tetapi maklumat yang kami terima daripada persatuan bolasepak tidak sempurna.

“Sebagai sebuah kelab bolasepak kamu agak keseorangan dalam keadaan seperti ini, kami perlu menghantar pergi para pemain dan kemudian kami ada satu lagi cabaran kerana kami akan bermain perlawanan Liga Perdana Inggeris pada hari Sabtu selepas mereka terbang pulang ke sini, mungkin dari Peru, pada hari Khamis atau Jumaat.

Advertisement

“Kamu perlu memastikan kamu membawa pulang para pemain dengan cara paling selamat dan pantas dan kemudian kita lihat bagaimana keadaan mereka sebelum kami beraksi untuk mendapatkan keputusan yang diingini pada hari Sabtu.”

Hujung minggu selepas rehat perlawanan antarabangsa menyaksikan Liverpool akan bertandang ke Goodison Park untuk perlawanan derbi Merseyside, bermakna mereka akan berhadapan dengan salah satu pasukan yang Klopp rasakan telah bertambah baik secara ketara pada musim panas ini.

“Kami perlu mensasarkan kejuaraan liga pada tahun ini dan kami mahu bertambah baik kerana kelab-kelab akan bertambah baik,” katanya.

“Setiap kelab yang lain mendapatkan pemain yang bagus setakat ini, termasuklah Aston Villa. Everton telah bertambah baik secara besar-besaran dengan pemain-pemain yang mereka bawa masuk.

Advertisement

“Ia hanyalah situasi sambil mengetepikan posisi liga kami musim lepas – pasukan lain akan terus berkembang dan kamu perlu membuat langkah yang besar. Kami tahu kami akan membuat langkah besar dan teruskan permainan kami di tahap tertinggi kami.”

Advertisement