Leonardo hentam pengurus Paris Saint-Germain Thomas Tuchel

Pengarah sukan Paris Saint-Germain Leonardo telah membalas pengurus kelab Thomas Tuchel, mengatakan dia tidak menghargai kenyataan terkininya mendesak pengurusan kelab menandatangani pemain baru.

Penyandang juara Ligue 1 ini mudah menundukkan Angers 6-1 di Parc des Princes semalam, dengan Neymar menjaringkan dua gol dan Kylian Mbappe juga mencatat namanya dalam senarai penjaring gol.

Walaupun PSG kini sudah memenangi empat perlawanan Ligue 1 secara berturut-turut setelah tewas dua perlawanan pertama musim ini, terdapat sesuatu yang tidak memuaskan di kelab yang berpusat di ibu negara Perancis itu kerana Tuchel bertindak lebih lantang mengenai permintaannya untuk pembelian pemain baru.

Bercakap selepas perlawanan, Leonardo meluahkan perasaan tidak gembiranya dengan Tuchel, mengatakan pengurus Jerman itu boleh berdepan hukuman atas permintaan berterusannya secara awam.

“Kami sedang melihat kemungkinan [dalam pasaran perpindahan],” Leonardo memberitahu para wartawan. 

“Saya tidak menyukai kenyataan jurulatih Tuchel. Saya tidak memahaminya dan saya tidak suka. Kelab tidak menyukainya. Kami akan melihatnya dalam peringkat dalaman [mengenai hukuman].

“Jika seseorang tidak gembira, kita boleh berbincang, tiada masalah. tetapi jika dia mahu kekal, dia mesti menghormati pilihan pengurusan sukan.

“Kami di sini bukan untuk percubaan…kami perlu merasai semangat kesengsaraan kelab, semangat pengorbanan. Perkara penting ialah kelab. Kami tidak menyukai cara itu [luahan Tuchel].”

Pengurus Paris Saint-Germain (kiri) Thomas Tuchel mahukan pemain baru untuk pasukannya

Apabila ditanya adakah dia menjangkakan mana-mana ketibaan sebelum tarikh akhir perpindahan Isnini nanti, Leonardo berkata: “Kami akan cuba melakukannya. Kita akan lihat nanti tetapi tiada suatu yang pasti.”

Leonardo juga menafikan kemungkinan PSG membawa masuk pemain bintang Lyon Houssem Aouar, seorang pemain yang sudah dikaitkan dengan perpindahan ke juara Ligue 1 pada masa lepas.

“Aouar, membuat kamu berimpian,” kata Leonardo. “Tetapi sekarang bukan masanya. Hari ini sedikit rumit.”

Dalam sidang media pada hari Khamis menjelang perlawanan menentang Angers, Tuchel telah menjelaskan dengan nyata bahawa kejayaan musim lepas – satu kempen di mana PSG memenangi tiga piala domestik dan mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara – tidak akan berlaku lagi musim ini tanpa pemain baru. 

“Ini adalah sukan, ini adalah bolasepak, segalanya mungkin. Kami perlu tahu dalam usaha melakukan perkara yang sama kami memerlukan tuah dalam perlawanan,” kata Tuchel. “Jika kita mengekalkan skuad yang kita ada hari ini, kita tidak boleh meminta keputusan-keputusan yang sama, keranan itulah situasinya.”

466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply