Mario Gotze sertai kelab gergasi Belanda secara percuma

Pemain berusia 28 tahun ini telah sertai PSV Eindhoven, dan buat pertama kali dalam kariernya dia bermain di luar Bundesliga.

PSV telah mengesahkan bekas pemain Bayern Munich dan Borussia Dortmund itu menyertai mereka dengan perjanjian dua tahun.

Dia sertai secara percuma selepas tempoh keduanya bermain dengan Dortmund telah berakhir selepas musim 2019/20 menutup tirainya. Dia meninggalkan kelab setelah kontraknya tamat.

“Saya menerima banyak tawaran pada musim panas ini tetapi saya seorang berperasaan dan membuat keputusan saya sendiri,” Gotze beritahu laman sesawang rasmi PSV.

“Saya rasa saya sedia untuk cabaran yang sangat berbeza dan saya yakin ini akan menjadi satu perubahan yang selesa untuk saya.”

Pemain tengah Jerman ini bermain empat musim bersama Borussia Dortmund antara 2016 dan 2020 selepas dia kembali ke kelab semasa zaman remajanya dari Bayern.

Dia semakin kurang mendapat peluang bermain bersama Dotmund musim lepas, hanya membuat 21 penampilan dalam semua pertandingan untuk pasukan bimbingan Lucien Favre.

Pada asalnya Gotze meletakkan dirinya sebagai prospek paling bersinar Jerman pada tempoh awal dekad yang lepas sebelum berpindah ke Bayern pada 2013.

Gotze membuat 63 penampilan untuk skuad kebangsaan Jerman dan menulis namanya dalam buku sejarah apabila dia menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 menentang Argentina. 

“Mario berminat selepas ketua jurulatih kami menghubunginya,” kata Pengarah Bolasepak PSV John de Jong.

“Dan dia adalah bukti doa kami mengenai pemain yang kami harapkan. Kami gembira dia menandatangani kontrak dengan PSV. Kami sangat berbangga.

“Dia boleh bermain di setiap posisi di bahagian serangan dan tengah. Dan dia telah menimba pengalaman antarabangsa dan kualiti yang kami perlukan.” kata de Jong.

Selepas tidak mempunyai pasukan selama beberapa bulan, Gotze berpuas hati dapat mengakhirinya dengan pasukan gergasi Belanda yang akan menjadi pengalaman profesional pertamanya di luar Jerman.

“Saya terus berlatih untuk memastikan saya cergas untuk penjelajahan baru saya. Saya tidak sabar untuk berjumpa rakan sepasukan baru saya untuk sesi latihan penuh dan menyiapkan diri saya untuk perlawanan yang akan datang,” kata Gotze.

Gotze juga pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Hertha Berlin selepas pengarah sukan kelab Arne Friedrich mengesahkan minat mereka bulan lepas.

1Shares

Be the first to comment

Leave a Reply