Marko Grujic berpindah keluar dari Liverpool lagi

Kali ini, pemain berusia 24 tahun ini telah sertai FC Porto dengan perjanjian pinjaman selama semusim.

Marko Grujic dijangka akan dijual sebelum jendela perpindahan ditutup tetapi perpindahannya ke Bundesliga tidak menjadi kenyataan.

Dia hampir sertai Werder Bremen pada hari Isnin, tetapi cadangan bayaran perpindahan pemain Serbia ini yang bernilai £18 juta telah gagal.

Selepas perbincangan berlarutan antara kedua-dua pihak, sumber Goal.com menyatakan Bremen akhirnya tidak dapat menandingi harga permintaan Liverpool.

Liverpool sangat degil yang mereka tidak akan melayani mana-mana tawaran pinjaman untuk Grujic musim panas ini, sebaliknya memilih untuk menjualnya, tetapi telah bertukar fikiran kerana tarikh akhir pendaftaran skuad 25 orang pemain kelab Liga Perdana Inggeris, pada 20 Oktober, semakin hampir. 

Jika mereka tidak berjaya menjual sama ada Grujic atau pemain tengah Switzerland Xherdan Shaqiri pada hari akhir jendela perpindahan, Liverpool akan mempunyai 18 pemain senior bukan status homegrown, lebih satu dari 17 nama yang dibenarkan dalam skuad Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Dengan kemungkinan Grujic akan disingkirkan sepenuhnya dari skuad Liverpool, dan tiada bola sepak pasukan utama sehingga Januari, the Reds telah membenarkan perpindahan pinjaman ke Porto kerana jendela perpindahan liga Portugal masih dibuka.

Pengesahan rasmi perpindahan Marko Grugic ke FC Porto

Grujic akan sertai skuad Sergio Conceicao selepas habis jadual perlawanan antarabangsa Sernbia menentang Norway, Hungary, dan Turki, selepas terdapat satu kekosongan dalam skuad juara Portugal itu selepas Danilo Pereira berpindah ke Paris Saint-Germain secara pinjaman pada Isnin lepas.

Tidak ada pilihan pembelian yang disertakan dalam perjanjian pinjaman, tetapi pemain ini difahamkan berminat untuk mencabar dirinya di peringkat Liga Juara-Juara.

FC Porto telah diundi dalam kumpulan C bersama-sama Manchester City, Marseille, dan Olympiacos.

Grujic menghabiskan dua musim lepas bersama Hertha Berlin secara pinjaman, di mana dia menunjukkan prestasi yang mengagumkan dalam 54 penampilannya bersama kelab.

0Shares

Be the first to comment

Leave a Reply