Connect with us

Arsenal

Mavropanos berehat tiga hingga lima minggu.

Published

on

Pemain Arsenal yang dipinjamkan ke Jerman jalani pembedahan.

Pemain pertahanan milik Arsenal, Konstantinos Mavropanos terpaksa berehat untuk tempoh tiga hingga lima minggu setelah menjalani pembedahan kerana kecederaan meniscus.

Arsenal musim ini menghantar pertahanan muda Greek itu ke Jerman secara pinjaman kepada Stuttgart bagi membolehkan dia mendapat minit dan masa permainan yang sangat diperlukan.

Namun, sejauh ini belum ada yang dapat direncanakan untuknya dengan dia hanya berjaya membuat satu penampilan setakat ini kerana kecederaan membataskan masa permainannya.

Advertisement
Rekod penampilan Mavropanos setakat ini bersama Stuttgart.

Dengan kecederaan yang dialaminya kini, dijangkakan dia akan berehat sehingga hingga tahun depan, dengan jangka waktu itu dilihat sebagai ‘realistik’ dalam laporan minggu lalu.

Namun kini ada berita positif dengan Echo24 melaporkan bahawa pemain Arsenal itu berjaya menjalani pembedahan minggu ini ekoran kecederaan yang dialaminya ketika menentang Freiburg.

Dia kini dijangka kembali lebih awal dari apa yang dilaporkan sebelum ini dengan jurulatih Stuttgart, Pellegrino Matarazzo mendedahkan bahawa ‘kecederaan itu dirawat dengan baik’ dan menambahkan bahawa dia dapat bermain ‘dalam tiga hingga lima minggu’.

Itu akan menjadi tonik tambahan yang signifikan bagi Stuttgart, yang telah merancang untuk memiliki pemain pertahanan tengah bagi memperkukuhkan barisan belakang mereka musim panas ini, tetapi begitu juga dengan Arsenal yang berharap dia akan mendapat lebih banyak masa bermain di Bundesliga.

Advertisement