Ozil banyak difitnah, tidak boleh meninggalkan Arsenal dengan reputasi ‘bacul’.

Bintang yang menerima jolokan Raja Bantuan Gol – Assist King, Mesut Ozil kini ‘dihukum’ tanpa sebab munasabah.

Peminat Arsenal mungkin tidak begitu menghiraukan perkara yang terjadi pada Januari 2018 dan ia mungkin tidak memberi kesan serta merta ketika itu.

Ini kerana ada 24 Januari tahun tersebut, seminggu sebelum jendela perpindahan musim sejuk ditutup, Alexis Sanchez telah berangkat ke Manchester United dalam satu perjanjian yang menyaksikan Henrikh Mkhitaryan berpindah ke Stadium Emirates.

Boleh dikatakan Arsenal merancang dalam sedar atau tidak untuk menggunakan Mkhitaryan bagi mendapatkan khidmat Pierre-Emerick Aubameyang.

Ironiknya, kedatangan Aubameyang menyaksikan Mkhitaryan meninggalkan Emirates untuk dipinjamkan ke AS Roma sebelum menjadi perpindahan tetap.

The Gunners jelas merangka strategi jangka panjang untuk mendapatkan gandingan dalam usaha membentuk duo dinamik yang pernah mengerunkan Bundesliga (walaupun kita tidak kesampaian untuk menikmatinya).

Tetapi sebelum itu, kita menyaksikan perjanjian terbesar yang dilakukan Arsenal dalam usaha mengekal serta meyakinkan Mesut Ozil untuk menandatangani kontrak baharu bersama The Gunners.

Ozil menerima bayaran tertinggi dalam sejarah kelab, memperolehi £ 350,000 seminggu ketika beliau menandatangani perjanjian baharu – tiga setengah tahun.

Musim panas depan, perjanjian tersebut akan tamat dan hingga ke saat ini, tiada perbincangan untuk mengekalkan beliau sebaliknya ia lebih kepada ‘penyingkiran’ dengan Arsenal tidak mahu mengalami kerugian (melepaskannya secara percuma).

Ini adalah kes yang sama dengan Aubameyang, sebelum pihak pengurusan menawarkan perjanjian baharu kepadanya, mengekalkan beliau untuk tempoh tiga tahun lagi (kontrak baharu akan tamat pada 30.6.2023).

Dengan keadaan pada ketika itu, Aubameyang boleh meninggalkan Emirates sebagai hero dengan hanya Mohamed Salah (51) yang telah menjaringkan lebih banyak gol liga perdana berbanding pemain antarabangsa Gabon (49) sejak dia membuat debut dalam Liga Perdana Inggeris.

Manakala status Ozil pula kekal dengan persoalan dan telah mendapat perhatian di kalangan peminat setia Arsenal sejak kebelakangan ini, atau lebih tepat lagi untuk tempoh dua tahun terkini.

Ini tentu saja berkaitan dengan ketidakpastian pihak pengurusan di belakang keputusan Arsene Wenger dan Ivan Gazidis untuk memutuskan masa depan Ozil bersama Arsenal ketika itu.

Unai Emery yang menggantikan pengendali Perancis di Emirates dan beliau telah menjelaskan sejak awal lagi bahawa Ozil bukanlah sebahagian daripada rancangannya.

Dan ini dijelaskan pada bulan Disember 2019, tidak lama setelah pemecatannya, Emery mengakui: “Ada permainan di mana anda melihat kecemerlangan Mesut, berkait dengan serangan.

Tetapi saya juga harus mencari pemain di sekelilingnya sehingga dia merasa selesa.

Juga pasukan perlu lebih solid dan apabila anda sedikit demi sedikit, harus membina pasukan yang agresif, kuat dan berstruktur untuk tekanan yang baik, kami juga harus mencari ruang untuk Mesut.

Ozil adalah pemain yang sangat penting jika anda dapat mencari jalan untuk membuatnya bekerja dengan pemain lain.

Dia mempunyai bakat yang membolehkan pemain lain menjadi lebih baik, tetapi ketika anda mahukan tekanan yang sedikit lebih agresif, dia tidak memiliki kualiti terbaik untuk itu.

Disebabkan itu, Emery hanya memulakan Ozil sebanyak 24 kali sehingga pemecatannya pada November 2019, ketika pengendali berusia 48 tahun itu berusaha mencari sistem yang sesuai dengan Ozil.

Dan keputusan untuk tidak menggunakan playmaker itu memberi kesan yang diinginkan buat Emery dengan nisbah kemenangan Arsenal meningkat kepada 55.6% tanpa Ozil bermula (dalam kesebelasan utama ataupun diturunkan) dengan hanya 41.7% ketika dia masuk sebagai pemain gantian ataupun diturunkan.

Itu mungkin telah menurunkan kreativiti Arsenal, dengan rata-rata 9.6 kunci hantaran (key passes) setiap perlawanan – kelapan terbaik di Liga Perdana di bawah kendalian Emery.

Namun ia bukanlah kejutan terbesar buat pasukan The Gunners kerana ia tidak mempamerkan identiti yang jelas dengan pengendali Sepanyol itu mengemudikan pasukan.

Namun, pelantikan Mikel Arteta pada bulan Disember mendorong perubahan nasib untuk Ozil, sekurang-kurangnya dari segi masa bermain.

Memang tidak dapat dinafikan, Ozil adalah salah seorang daripada tiga pemain The Gunners untuk memulakan setiap perlawanan liga yang dikemudikan oleh Arteta, bersama penjaga gawang Bernd Leno dan pertahanan tengah, David Luiz.

Dengan perbincangan mengenai perjanjian baharu tidak pernah dibincangkan, masa depan Ozil terus menjadi persoalan.

Perpindahan ke Turki telah diperdebatkan dan diperkatakan dengan Fenerbahce memperhatikan langkah untuk pemenang Piala Dunia 2014.

Pun begitu, tiada kesepakatan dicapai mengenai pembelian ataupun perpindahan Ozil.

Statistik karier Ozil sepanjang bersama Arsenal. Kredit info grafik: Whoscored.

Dengan jumlah penampilan yang semakin sedikit dan tidak digunakan, Ozil bagaimanapun tetap menjadi pemain paling kreatif Arsenal, yang dimiliki kelab ketika ini.

Sejak awal tahun 2018/19, Ozil telah membuat lebih banyak kunci hantaran (82) berbanding pemain The Gunners yang lain, walaupun kurang beraksi dan mendapat minit permainan.

Sejak musim debutnya pada 2013/14, hanya Christian Eriksen (571) yang membuat lebih banyak hantaran penting berbanding Ozil (559), walaupun beliau membuat 42 penampilan lebih sedikit berbanding Eriksen dalam tempoh itu.

Sementara penilaian Liga Perdana Inggeris yang dibuat oleh Whoscored, memberikan Ozil dengan rating 7.27, ia adalah keenam terbaik dari semua pemain Arsenal.

Rating keseluruhan pemain Arsenal – Whoscored bagi musim 2013/14.
Rating pemain Arsenal musim 2013/14 bagi aspek hantaran (bantuan gol).
Rating pemain Arsenal musim 2013/14 bagi aspek hantaran (kunci hantaran).

Itu tidak mengejutkan kerana satu daripada lima peluang menjaringkan gol yang telah diciptakan Arsenal sejak 2013/14 adalah melalui Ozil.

Dan Arsenal telah menggandakan jumlah tersebut apabila memiliki dua pemain kreatif sejak awal musim dengan kehadiran Alexis Sanchez (272).

Pada masa itu, Ozil menduduki tempat kelima untuk clear-cut chances created (65) dan keempat untuk assist (54), dua angka yang akan lebih tinggi dengan lebih banyak masa bermain dalam dua musim terakhir.

Isu utama adalah sama ada dua tahun terakhir akan merosakkan kedudukannya di kalangan penyokong, yang tidak dapat diperbaiki lagi walaupun tampil dengan mengagumkan dalam lima aksi pembukaan.

Musim 2015/16 adalah kemuncak prestasi dan penampilan Ozil di kelab, di mana beliau menjaringkan enam gol dan mencatatkan 19 bantuan gol liga.

Jumlah itu terhasil kerana perkongsian dan gandingan antara beliau bersama Olivier Giroud yang begitu menarik perhatian, dengan tujuh bantuan golnya untuk pemain Perancis itu menjaringkan gol.

Bantuan gol Liga Perdana Inggeris musim 2015/16.

Namun, Ozil tetap menjadi tokoh yang sangat dibenci oleh peminat fanatik Arsenal, di mana kesetiaan pemain begitu cepat terhakis dan pudar dalam beberapa bulan terakhir.

Walaupun memulakan kesemua 10 perlawanan liga dengan Arteta di pucuk pimpinan, persembahannya tidak bertambah baik seperti yang tercatat dalam penilaian WhoScored yang cukup rendah iaitu 6.74.

Arteta, bagaimanapun, tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengenali dan bekerja dengan para pemain setelah dilantik menjadi pengendali pasukan pada bulan Disember lalu.

Dengan itu, sudah pasti keputusan ataupun corak permainan tidak akan bertambah baik dengan segera di sebuah kelab yang memerlukan banyak kerja untuk mengembalikannya kegemilangan yang pernah dikecapi pada masa lalu.

Dan sementara prestasi Ozil kekal dengan graf yang sama walaupun terdapat sedikit peningkatan mengenai corak permainannya untuk 18 bulan terakhir, namun beliau tetap menjadi mangsa kecaman dan cacian.

Pun begitu, beliau tetap kekal menjadi pemain paling kreatif Arsenal, walaupun kekurangan waktu permainan untuk Liga Perdana sejak awal 2018/19.

Berdasarkan statistik diatas, adalah tidak munasabah untuk menghukum Ozil (tidak disenaraikan dalam saingan Liga Europa) dan tidak menggunakan khidmatnya dengan tidak diturunkan setakat ini.

Malah penulis juga terbaca laporan yang mana Arsenal mungkin tidak akan menyenaraikan Ozil dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini (senarai 25 pemain senior bagi saingan EPL).

Adakah kerana bahasa badannya yang tidak bersemangat menyebabkan dia difitnah dengan apa yang diterimanya (gaji)?

Dan perlukan Arsenal menghukumnya sedemikian rupa?

Adalah menjadi satu pembaziran untuk tidak menggunakan khidmat Ozil dengan kita semua dapat melihat faktor kekurangan kreativiti pada skuad Arsenal ketika ini.

Sekiranya beliau pergi (tinggalkan Emirates), seperti yang diharapkan semua pihak terutamanya pihak pengurusan, maka Ozil seharusnya pergi dengan perwatakannya yang utuh (cemerlang) dan bukan dengan reputasinya yang goyah.

Pihak pengurusan Arsenal pastinya kecewa setelah gagal ‘menyingkirkan’ Ozil pada jendela perpindahan musim panas, namun sediakan mereka untuk melepasnya secara percuma?

Atau mencuba sekali untuk jendela perpindahan musim sejuk?

Untuk jangka masa yang lama, Ozil adalah salah seorang pemain yang paling menggerunkan di Eropah, tetapi gaji yang tinggi diterimanya telah menjadi halangan untuk mana-mana pihak mendapatkan khidmatnya.

Dengan kekurangan peluang bermain, beliau juga mencatatkan bantuan gol yang semakin berkurangan dalam Liga Perdana Inggeris, hanya empat dicatatkan sejak awal musim lalu.

Namun, dengan rekod dan statistik kunci hantaran termasuklan kemampuan yang dimiliki Ozil, ianya juga banyak bergantung kepada rakan sepasukannya untuk memanfaatkannya.

Bukan ketidakmampuan Ozil untuk mencipta peluang menjaringkan gol yang patut dipersoalkan, sebaliknya kemampuan rakan sepasukan untuk memanfaatkan peluang itu yang sepatutnya dipersoalkan.

Adakah adil untuk menghukum Ozil dengan cara begini?

About MyGooners 827 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment