Pep Guardiola tidak risau dengan permulaan buruk Manchester City

Pep Guardiola berkata dia tidak risau dengan kedudukan City di pertengahan Liga Perdana Inggeris dengan satu menang, satu kalah, dan satu seri dari tiga perlawanan pertama mereka.

Leeds mencuri satu mata dalam perlawanan menentang City di Ellan Road Road semalam, dengan Rodrigo menyamakan kedudukan pada minit ke-59 selepas Raheem Sterling membuka jaringan gol pada separuh masa pertama.

City kini menduduki tempat ke-11 liga dengan hanya empat mata, tetapi Guardiola berkata masih terlalu awal untuk berasa bimbang dengan kedudukan mereka.

“Saya tahu situasi kami, saya tahu apa yang kami lalui musim ini. Sebagai seorang pengurus saya berpuas hati dengan apa yang mereka telah lakukan setakat ini,” kata Guardiola.

Apabila ditanya mengenai peluang pihaknya untuk mengejar rapat penyandang juara Liverpool, Guardiola membalas: “Saya tidak akan memulakan selepas tiga perlawanan untuk berfikir adakah mereka akan memenangi liga atau adakah mereka akan mengambil banyak kesempatan.

“Saya tahu bila kami habiskan yang kali terakhir itu, saya tahu bila kami akan bangkin musim ini dengan para pemain yang kami ada dan, sebagai seorang pengurus, saya berpuas hati dengan apa yang telah mereka lakukan setakat ini. Kami perlu menyelesaikan beberapa perkara, kami masih ada sedikit lagi untuk kembali ke tahap terbaik kami. Malangnya kami telah melepaskan lima mata.”

City mempunyai banyak peluang pada separuh masa pertama untuk mendapatkan keputusan yang diingini, tetapi Leeds mula berasa yakin dan kukuh selepas menghadapi serangan bertali-arus dan mula mencipta banyak peluang mereka sendiri.

“Ia satu perlawanan yang menghiburkan, perlawanan yang bagus,” tambahnya.

“Ia adalah dua pasukan yang cuba menang dari minit pertama ke minit 90. Kami mempunyai tempoh baik kami, 30 minit pertama, tetapi [sepatutnya kami mempunyai] buat margin lebih besar dari keputusan akhir.

“Tetapi Leeds mempunyai masa mereka kerana mereka satu pasukan yang menakjubkan, pasukan yang fantastik.

“Mereka menghancurkan Championship musim lepas dan telah melakukan dengan baik setakat ini, tetapi dalam 10 minit terakhir kami berada di sana, cuba untuk menang. Ia satu perlawanan yang bagus.”

Selepas mengatasi serangan City, Leeds mula menggerakkan serangan mereka dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-59.

Ederson membuat percubaan terburu-buru untuk menumbuk keluar bola sepakan sudut Kalvin Phillip dan Rodrigo menolak bola yang terlepas masuk ke dalam gawang gol dari jarak dekat.

Penjaga gol City ini kemudian menebus kesilapan dengan menolak bola tandukan Rodrigo melepasi palang gol di masa Leeds semakin pasti mendapatkan gol kemenangan.

“Memang ada kemungkinan untuk menang perlawanan, tetapi ia mungkin tidak adil untuk menang,” kata boss Leeds Marcelo Bielsa.

“Kami telah meletakkan usaha fizikal yang banyak untuk membolehkan walau sedikit lebih baik dari Manchester City untuk separuh perlawanan. Kami perlu bertahan pada permulaan separuh masa pertama dan penghujung separuh masa kedua.

“Jika kamu lihat Guardiola membuat perubahan defensif apabila Fernandinho masuk, itulah masanya mereka mula meletakkan diri mereka ke dalam perlawanan sekali lagi. Ia satu pertukaran yang bijak dan mempunyai pengaruh besar ke atas perlawanan.”

Marcelo Bielsa dan Pep Guardiola memerhati aksi anak buah mereka di atas padang.
466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply