Perpindahan Michael Cuisance ke Leeds tidak terjadi bukan kerana masalah perubatan

Pemain baru Marseille ini berkata perpindahannya ke Leeds tidak menjadi kenyataan bukan kerana kegagalan ujian perubatan.

Pemain berusia 21 tahun ini seakan pasti menyertai pasukan Marcelo Bielsa selepas Leeds bersetuju dengan perjanjian yang dibuat bersama kelabnya Bayern Munich.

Namun, perjanjian tersebut gagal selepas ketibaan Cuisance di England minggu lepas dan dia kemudiannya mneyertai Marseille dengan kontrak pinjaman setahun.

Bercakap semasa dibentangkan sebagai pemain terbaru kelab Ligue 1 tersebut, pemain antarabangsa skuad bawah 20 tahun Perancis berkata: “Tidak ada masalah dengan perubatan, yang dilakukan dengan Marseille berjalan dengan baik, saya bersedia untuk bermain.

“Di Leeds, tidak ada masalah dari pihak saya.”

Ketua bola sepak Marseille Pablo Longoria berkata: “Kami tidak menjumpai apa-apa isu dengan perubatannya, semuanya dilakukan dengan betul. Dia 100% boleh bermain.”

Cuisance memulakan karier profesional bersama Nancy di negara kelahirannya Perancis sebelum berpindah ke Jerman pada usia 17 tahun apabila Borussia Monchengladbach menandatanganinya pada musim panas 2017.

Pemain tengah ini menyertai Bayern dua tahun kemudian tetapi hanya membuat 11 penampilan untuk juara Bundesliga dan Eropah itu.

Dia hanya memanaskan bangku simpanan dalam kemenangan Piala Super UEFA ke atas Sevilla, tetapi ada bermain selama 17 minit semasa Bayern membelasah Schalke 8-0 dalam perlawanan pembukaan liga musim 2020/21.

1Shares

Be the first to comment

Leave a Reply