Connect with us

Chelsea

Ross Barkley sertai Aston Villa dari Chelsea

Published

on

Pemain tengah Inggeris ini menyertai Aston Villa dari Chelsea secara pinjaman semusim.

Ross Barkley menjadi pemain baru kelima Villa yang dibawa masuk pada jendela perpindahan pemain musim panas ini selepas ketibaan Ollie Watkins, Bertrand Traore, Emiliano Martinez, dan Matty Cash.

Selepas mendapatkan Barkely, ketua jurulatih Villa Dean Smith memberitahu kepada laman sesawang kelab: “Mendapat pemain berkualiti seperti Ross sangat berbaloi untuk kelab kami dan saya pasti dia boleh berjaya di sini dan meningkatkan pasukan kami.”

Advertisement

Barkley sebahagian dari skuad Chelsea yang tersingkir dari saingan Piala Carabao menerusi sepakat penalti di Tottenham pada malam Selasa, namun dia tidak digunakan oleh Frank Lampard, sekadar memanaskan bangku simpanan.

Dia membuat 31 penampilan dalam semua pertandingan untuk Chelsea pada musim lepas tetapi bergelut untuk mengekalkan tempat sebagai pemain permulaan kerana perlu bersaing dengan Mateo Kovacic, Mason Mount dan Ruben Loftus-Cheek.

Kehadiran Kai Havertz dari Bayer Leverkusen pada jendela perpindahan kali ini dijangka menyukarkan lagi peluang Barkley untuk mendapatkan minit bermain secara kerap di Stamford Bridge.

Villa memulakan musim ini dengan baik, memenangi kesemua empat perlawanan mereka setakat ini, dan kehadiran Barkley bakal meningkatkan kualiti di bahagian tengah yang sudah pun mempunyai pemain-pemain berbakat seperti Jack Grealish, John McGinn dan Conor Hourihane.

Advertisement

Kelab Midlands ini juga berminat untuk mendapatkan seorang lagi pemain tengah Chelsea iaitu Loftus-Cheek yang tidak disenaraikan dalam empat skuad perlawanan Chelsea – secara pinjaman.

Tetapi, Villa tidak boleh menandatangani pemain berusia 24 tahun itu kerana kelab-kelab Liga Perdana Inggeris hanya dibenarkan untuk menandatangani hanya seorang pemain secara pinjaman sesama mereka pada bila-bila masa.

Advertisement