Said Benrahma sertai West Ham United

West Ham United telah melengkapkan perpindahan Said Benrahma secara pinjaman semusim dari Brentford.

Pemain sayap berusia 25 tahun ini hampir menyertai secara perpindahan tetapi, tetapi komplikasi perubatannya menyebabkan West Ham melakukan rundingan semula mengenai terma perpindahan.

Difahamkan West Ham telah membayar £4 juta untuk menandatangani Benrahma secara pinjaman dan bersetuju untuk menjadikan sebagai perpindahan tetap pada penghujung musim dengan yuran perpindahan £21 juta, dan bayaran tambahan £5 juta.

Perjanjian tersebut turut terikat dengan ujian selanjutnya ke atas perubatannya.

Pengurus kelab David Moyes menegaskan Benrahma tidak gagal dalam perubatannya semasa sidang media pada hari Jumaat menjelang pertembungan Super Sunday menentang Tottenham Hotspur.

“Saya sangat gembira untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini,” Benrahma memberitahu laman sesawang kelab.

“West Ham adalah sebuah kelab bersejarah, yang telah lama berada dalam Liga Perdana Inggeris. Ia masih mempunyai pemain-pemain yang bagus. Ia sebuah kelab yang besar di England.

“Saya bercakap dengan pengurus, jadi saya tahu apa yang dia harapkan daripada saya. Saya cuba untuk menepati jangkaannya di atas padang kerana dia sudah meletakkan kepercayaan ke atas saya dan saya berharap dapat membalasnya di atas padang.

“Saya suka dengan prospek ini [bermain di Liga Perdana Inggeris]! Pertamanya saya bermain bolasepak untuk kenikmatan diri saya sendiri, tetapi ia sentiasa mengujakan apabila mengetahui diri anda menyertai liga paling ramai penonton di dunia, jadi saya sentiasa melihat ke hadapan untuk menunjukkan apa yang boleh saya lakukan.”

Moyes menambah: “Saya gembira untuk mengalukan Said ke West Ham United. Dia seorang pemain yang sudah mendapat banyak pengiktirafan ke atas prestasinya bersama Brentford di Championship. Terdapat banyak minat ditunjukkan ke atasnya jadi kami sangat gembira dia membuat keputusan untuk menyertai kami.

“Kami mencari untuk membawa masuk pemain-pemain yang mempunyai keazaman untuk berkembang dan menjadi lebih baik. Said merupakan pemain bakat yang menarik, mempunyai banyak kebolehan dan kualiti yang tepat, yang akan melengkapi pemain-pemain serangan yang kami ada di kelab.

“Kami akan memberikan sedikit masa untuk Said menyesuaikan diri, tetapi saya yakin dia boleh bermain di Liga Perdana Inggeris. Kami sangat gembira untuk memilikinya dan melihat ke hadapan untuk mendapatkan yang terbaik daripadanya.”

Statistik Benrahma dalam Championship musim lepas

Benrahma, yang akan menggunakan nombor sembilan pada jersinya, menjadi kemasukan besar keempat dalam jendela perpindahan musim panas berikutan ketibaan Craig Dawson dan Vladimir Coufal, juga perpindahan secara tetap Tomas Soucek.

Menurut Sky Sports News, salah satu kesukaran perpindahan ini adalah bonus kesetiaan yang dipercayai perlu diselesaikan Benrahma andai meninggalkan Brentford.

Ia tidak termasuk dalam kelab dan Benrahma mencadangkan kelab akan memberikan sejumlah wang kepada ramai kakitangan sokongan yang membantu dalam perkembangannya di Griffin Park.

Difahamkan lebih 100 kakitangan akan mendapat manfaat dari bonus yang diperolehi dari perpindahan Benrahma ke West Ham.

Benrahma menjaringkan 17 gol dalam 46 penampilan Brentford musim lepas sehingga mereka mara ke perlawanan akhir play-off Championship, namun terpaksa menanggung kekalahan 2-1 kepada Fulham di Wembley.

Pemain antarabangsa Algeria ini memulakan kariernya di Perancis bersama kelab Ligue 1 Nice, dan membuat 18 penampilan untuk pasukan utama sebelum berhijrah ke Brentford pada Julai 2018.

Benrahma membuat 94 penampilan dan menjaringkan 30 gol sepanjang masanya bersama kelab barat London itu.

Said Benrahma
466Shares

Be the first to comment

Leave a Reply