Saint-Etienne akui kesilapan besar jual Saliba kepada Arsenal.

William Saliba

Timbalan Presiden Saint-Etienne akui menjual Saliba kepada Arsenal dengan harga hanya € 30 juta adalah kesilapan besar.

Arsenal mengalahkan Spurs dalam persaingan untuk menandatangani Saliba pada musim panas tahun lalu.

Dan The Gunners hanya mengeluarkan belanja sekitar € 30 juta unutk membawa pemain muda itu ke Emirates, dengan syarat untuk menghantarnya kembali secara pinjaman selama satu musim ke Saint-Etienne.

Susulan itu, Roland Romeyer mengatakan bahawa dia tidak akan membuat kesilapan seperti itu lagi dan bersedia untuk mengekalkan pemain muda terbaiknya di kelab.

Timbalan Presiden Saint-Etienne, Roland Romeyer

“Penyesalan yang kami miliki, terutama Claude Puel, apabbila kami telah menjual William Saliba [dengan harga sekitar 30 juta euro kepada Arsenal], seorang pemain muda dengan potensi besar, musim panas lalu,” akui Roland Romeyer dalam wawancara dengan L’Equipe, tiga bulan lalu.

“Jadi tidak ada lagi persoalan untuk menjual pemain muda terbaik kami.

“Pengurusan Saint Etienne juga memberi jaminan bahawa penjualan Wesley Fofana, 19, atau Denis Bouanga, 25 ‘tidak mungkin dilakukan’.”

Namun pada 2 Oktober 2020, Fofana bergabung dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City dengan bayaran yang tidak didedahkan, menandatangani kontrak untuk lima tahun.

Dan ini meninggalkan Denis Bouanga bersama mereka untuk mengharungi perjuangan musim ini, serta menjelaskan pihak pengurusan tidak berpegang pada janji mereka untuk tidak melepaskan pemain muda berbakat.

Saliba sebelum itu dikatakan pemain ‘kesayangan’ Claude Puel sebelum pihak pengurusan kelab bersetuju untuk melepaskannya kepada Arsenal.

Malah kekecewaan Puel itu turut dilaporkan L’Equipe.

Claude Puel, menjadi Ketua Jurulatih Saint-Etienne pada 4 Oktober 2019.

“Daripada membeli pemain yang sudah bersedia (ready-made), saya lebih suka membeli seorang pemain yang mampu dibentuk, mengembangkan dan membantunya menjadi pemain,”

“Sukar untuk menerima kenyataan bahawa kami menjual pemain terbaik kami, seorang pemain muda, untuk membantu mengisi kantung (kewangan).

“Apabila anda harus menjual permata anda untuk menyelesaikan bajet dan kemudian membuat penjanjian jangka pendek untuk mengisi jurang, anda hanya bersikap ‘menghalang kemajuan’.

“Sekarang ia selesai dan saya tidak dapat mengatakan apa-apa kerana ini membolehkan kita fokus kepada permainan dan persembahan kami.

“Saint-Etienne telah menamatkan saingan dengan berada tempat selesa dalam beberapa tahun kebelakangan. Menamatkan kedudukan ditangga keempat [musim lalu], adalah satu keputusan yang baik.

“Kerja telah dilakukan dalam [untuk] jangka pendek. Adakah ini model yang boleh dilaksanakan? Saya rasa ia tidak boleh menjadikan kelab berjaya. “

About MyGooners 827 Articles
Seorang bercita-cita untuk menjadi pemilik Arsenal

Be the first to comment