Connect with us

Arsenal

Vivianne Miedema penjaring gol terbanyak Women’s Super League

Published

on

Penyerang berbisa ini menjaringkan gol menentang Tottenham Hotspur untuk menjadi penyerang paling prolifik dalam sejarah liga.

Vivianne Miedema memecah rekod Nikita Parris untuk menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang masa dalam sejarah Women’s Super League.

Miedema menjaringkan gol penting tersebut dalam perlawanan derbi utara London menentang musuh utama Tottenham Hotspur, gol WSL ke-50 dalam penampilan WSL ke-50, membantu Arsenal menang 6-1.

Advertisement

Pemain berusia 24 tahun ini kemudian menambah lagi dua gol sebelum rehat separuh masa, pencapaian yang sangat mengagumkan dengan fakta purata satu gol per satu perlawanan.

Bekas pemegang rekod, Parris yang pernah bermain untuk Manchester City dan Everton, menjaringkan 49 gol dalam 110 perlawanan.

Miedema meletakkan Arsenal 2-0 di hadapan menentang Tottenham untuk mencapai jaringan gol ke-50 itu, selepas Katie McCabe memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma cantik seawal minit keempat.

Dia melengkapkan hat-trick sebelum rehat separuh masa, meneruskan prestasi bagusnya dengan jaringan gol WSL ke-10 musim ini hanya dalam lima perlawanan.

Advertisement
Vivianne Miedema (kanan sekali) meraikan jaringan gol bersama Katie McCabe dan Leah Williamson

Miedema, yang menjuarai kejohanan Eropah bersama pasukan kebangsaan Belanda pada 2017 dan mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Wanita musim panas lepas, memulakan kempen baru ini dengan menjaringkan dua gol menentang Reading Women dalam perlawanan pertama liga, menjadi sebahagian penyumbang kejayaan pasukan menang 6-1.

Dia menjaringkan dua gol lagi minggu seterusnya, semasa the Gunners membelasah pasukan wanita West Ham, yang mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain, dengan keputusan akhir 9-1.

Miedema menambah satu gol semasa kemenangan 3-1 ke atas Bristol City sebelum menjaringkan dua gol lagi pada hujung minggu lepas dalam kemenangan 5-0 ke atas Brighton.

Sejak tiba di England pada 2017, Miedema membantu Arsenal memenangi WSL dan Piala Liga Continental, menamatkan musim 2018/19 dan 2019/20 sebagai penjaring gol terbanyak. Pada masa yang sama, dia juga mencatat jumlah bantuan gol yang mengagumkan, 21 dalam 50 penampilan liga.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply