Atletico kenal pasti penyerang Arsenal sebagai ‘calon pengganti yang sesuai’.

Pemain Arsenal sedia berpindah ke Sepanyol.

Atletico Madrid mampu menandatangani Alexandre Lacazette dari Arsenal dan penyerang itu tertarik dengan idea perpindahan tersebut mengikut laporan.

Menurut La Razón, yang mengatakan pemain Perancis itu adalah pengganti berpotensi untuk Diego Costa, yang mana kontraknya dengan kelab Sepanyol itu akan berakhir musim panas depan.

Lacazette adalah sasaran lama Atletico dengan mereka berminat untuk mendapatkan pemain itu sebelum dia menyertai Arsenal dari Lyon pada tahun 2017.

Sejak itu mereka terus dikaitkan untuk tempoh selama tiga tahun dengan laporan pada bulan September lalu mendakwa bahawa Atletico tetap berminat untuk mendapatkan tandatangannya dan turut dilaporkan bahawa Lacazette ‘gembira’ dengan minat itu.

La Razón tampil dengan laporan terkini dan menyatakan bahawa penyerang Arsenal itu telah muncul sebagai ‘pengganti berpotensi’ untuk Diego Costa sekali lagi.

Prestasi semasa Laca menimbulkan persoalan dikalangan peminat-peminat The Gunners.

Mereka menjelaskan bahawa Diego Simeone ‘menyukai’ Lacazette dan penyerang Arsenal itu ‘menyambut baik’ idea untuk menuju ke La Liga tetapi tidak dapat melakukannya pada masa lalu kerana ‘tawaran tinggi’ Arsenal untuk menjayakan perpindahan itu.

Namun, keadaan itu ‘akan berubah pada musim panas akan datang’ kerana, pada ketika itu Lacazette hanya akan tinggal satu tahun lagi dalam kontraknya di Emirates dan ‘nilai perpindahan’ mungkin menjadi lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai dahulu.

Itu adalah sesuatu yang Atletico ‘akan bersedia untuk memanfaatkannya’, menggunakan peluang terbaik sehingga mereka akhirnya dapat memiliki pemain yang sudah lama diidamkan, pemain yang begitu diingini mereka dahulu.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment