Auba ‘membazir’ dibahagian sayap, Willian pula ‘hilang’.

Itulah apa yang diluahkan ataupun menurut lagenda kelab, Paul Merson.

Merson percaya Willian kelihatan ‘hilang’ di Arsenal dan turut mempersoalkan bagaimana khidmat Pierre-Emerick Aubameyang digunakan pada bahagian sayap.

Arsenal musim ini bermula dengan tidak konsisten walaupun mempamerkan aksi menyakinkan dengan memenangi Piala Perisai Komuniti.

Mengharungi lapan perlawanan, Arsenal kini berada di kedudukan separuh Liga Perdana Inggeris (12), setelah mengalami tiga kekalahan daripada empat perlawanan terakhir liga mereka.

The Gunners sememangnya bergelut dalam jentera serangan dengan memiliki beberapa pemain penyerang yang kelihatan tidak cukup bagus dan ini menyaksikan mereka menandatangani Willian secara percuma dari Chelsea pada musim panas.

Bekas pemain The Blues itu mempamerkan aksi luar biasa pada permulaan namun gagal membantu ataupun menjaringkan gol sejak mencipta bantuan dua gol pada perlawanan menentang Fulham.

Statistik Willian bersama Arsenal musim ini.

Willian difahamkan akan terlepas aksi pertembungan hujung minggu ini menentang Leeds berikutan terlibat dalam aksi antarabangsa bagaimanapun gagal memberikan kesan dan persembahannya sangat berbeza dengan penampilannya di Chelsea musim lalu.

Dan ini diluahkan oleh lagenda kelab, Merson yang mengakui pemain sayap Brazil itu kelihatan ‘hilang’ sejak bersama Arsenal.

“Saya rasa saya melihat sesuatu pada masa ini,” kata Merson kepada Sky Sports.

“Willian sanagat menakjubkan ketika bersama Chelsea tahun lalu.

“Bagi saya, dia mungkin antara pemain terbaik Chelsea.

“Dia hebat dengan memiliki bakat luar biasa.

“Dia telah menyertai Arsenal dan dia kelihatan seperti hilang.

“Mereka mesti membuatnya wujud.

Merson juga mengkritik Arsenal dalam penggunaan Aubameyang dengan penjaring terbanyak musim lalu lebih banyak digunakan di sebelah kiri (sayap) sejak kedatangan Mikel Arteta di Emirates.

Musim lalu menyaksikan pemain antarabangsa Gabon menjaringkan 22 gol liga dan beliau juga bermain pada posisi sayap.

Statistik Aubamenyang musim lalu bersama Arsenal.

Namun musim ini Aubameyang sekali lagi digunakan pada peranan yang sama tetapi bergelut untuk mempamerkan aksi serupa dan hanya menjaringkan dua gol dalam kempen semasa.

Merson telah menyatakan kerisauannya terhadap kurangnya penglibatan pemain berusia 31 tahun itu ketika bermain pada posisi sayap dan menegaskan ‘sesuatu harus berubah’ dalam usaha untuk membantu penyerang itu menemui semula penampilan terbaiknya.

Posisi dan jumlah jaringan serta bantuan gol yang dicipta Aubameyang musim lalu.

“Ketika Aubameyang berada di sayap, dia dapat bermain 15 minit tanpa menyentuh bola,” lanjut Merson.

“Anda tidak boleh membuat pemain bintang anda berjalan begitu lama tanpa menyentuh bola.

“Berapa banyak gol yang akan diperolehi Jamie Vardy untuk Leicester jika anda bermain di sayap kiri?

“Tidak sebanyak yang dia dapat sekarang, itu pasti.

“Pertahanan mula berjaya, mereka mampu mengekang ancaman darinya dari sayap dan menyukarkan usaha yang akan dilakukannya [Auba].

“Mereka menghalangnya daripada memotong ke dalam dan menyebabkan dia mencuba dari sudut jauh.

“Sesuatu mesti berubah. Pada masa ini, dia tidak memiliki bola yang cukup penting.”

Adakah anda bersetuju dengan pendapat Merson itu?

Adakah wajar menukar Aubameyang untuk menjadi penyerang berbanding posisi sayap?

Jumlah jaringan mengikut posisi yang dimainkan Aubameyang sepanjang kariernya.
Jaringan yang dilakukan Aubameyang ketika beraksi sebagai penyerang.
Kedudukan terkini EPL.
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment