Ejen dedahkan tawaran € 30 juta Arsenal dan Chelsea untuk Daniele Rugani, ditolak.

Kelab Itali tidak berminat dengan tawaran yang dikemudakan The Gunners dan The Blues.

Davide Torchia, ejen Daniele Rugani telah mendedahkan bahawa Juventus menolak pendekatan yang dibuat oleh Arsenal dan Chelsea untuk pemain pertahanan mereka itu.

Pertahanan tengah itu dipinjamkan ke Empoli selama dua musim antara 2013 dan 2015 dan sekembalinya ke kelab Turin, dia bergelut untuk mendapatkan tempat secara tetap.

Aksi Rugani hanya terhad kepada tujuh penampilan liga musim lalu dan kekurangan masa bermain menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu menyertai Rennes secara pinjaman pada musim panas lalu (3 Oktober 2020).

Beberapa laporan terdahulu menunjukkan pemain antarabangsa Itali itu bernilai sekitar € 50 juta pada jendela perpindahan terakhir, tetapi tuntutan tersebut telah ditolak oleh wakilnya semasa wawancara dengan TMW Radio.

Laporan TMW pada 30 Oktober 2020

Ketika ditanyakan lebih lanjut jika Old Lady ‘benar-benar menolak tawaran € 40 juta untuk Rugani, Torchia telah bercakap mengenai tawaran dibuat oleh The Gunners and The Blues pada masa lalu untuk menandatangani kliennya itu.

“Pada masa itu, Arsenal, Napoli, Chelsea, Zenit dan Lyon tiba dengan harga sekitar € 30 juta dan [mereka] tidak pernah dipertimbangkan.

“Untuk harga tersebut, Juve tidak akan menjualnya dan saya tidak mempertikaikan sama ada ia betul atau salah, ”katanya.

Torchia, bagaimanapun, tidak menjelaskan bilakah Arsenal, Chelsea dan yang lain membuat tawaran itu untuk mendapatkan pertahanan Juventus.

Ejen itu juga menjelaskan tawaran lain yang dibuat oleh The Blues ketika Maurizio Sarri bertugas di Stamford Bridge.

“Ketika Sarri di Chelsea, merkea ada membuat tawaran hampir 40 juta dan Juve mengatakan tidak ada juga.

“Juga kerana mereka [Juventus] perlu mencari siapa pengganti dan berapa harganya.

“Sekarang dia telah menjalani pinjaman dan tidak tersedia lagi, itulah pasaran perpindahan.” jelas Torchia.

“Ramai yang kemudiannya mengkritik gaji yang berlebihan, 3-4 juta, tetapi itu tidak benar.

“Daripada mendengar dan mengambil khabar angin, anda patut mendengar siaran serius seperti ini [TWM Radio] dan mungkin ada sesuatu yang anda rasakan ia berbeza.”

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment