“Hentikan kecaman perkauman” – Kylian Mbappe bersuara isu perkauman terbaru di Perancis

Dia dan beberapa lagi rakan senegaranya menyuarakan kekesalan dan kemarahan mereka terhadap satu insiden polis memukul orang awam di Perancis.

Pemain bintang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe telah bersuara selepas tersebarnya satu video menunjukkan anggota polis memukul seorang pengeluar muzik.

Penyerang Barcelona Antoine Griezmann, pemain bek Manchester City Benjamin Mendy dan pemain Arsenal Alexandre Lacazette menyuarakan pendapat mereka mengenai insiden tersebut dalam media sosial.

Kini Menteri Dalaman Perancis Gerald Darmanin perlu mengambil satu tindakan yang kuat. Dia sudah mengesahkan di dalam Twitter yang penyiasatan sudah dijalankan, dan tiga pegawai yang terlibat telah pun digantung tugas.

Mangsa, yang hanya dikenali sebagai Michel, dikatakan pulang ke studionya di Paris apabila tiga pegawai polis menolaknya ke pintu hadapan, menekan dirinya ke dinding dan terus memukulnya. 

Insiden tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup di premis tersebut dan menunjukkan pegawai-pegawai itu – dua orang memakai pakaian seragam polis dan seorang lagi memakai baju biasa – menumbuknya dia di kepala dan memukulnya menggunakan sebatang baton.

Michel juga mendakwa dia mendengar beberapa kata-kata kecaman perkauman sepanjang insiden itu.

“Saya ketakutan. Saya ingat inilah hari terakhir saya,” tambahnya.

“Saya terus berkata: ‘Saya tidak melakukan apa-apa’, dan mereka tetap menjerit ke arah saya, mengarah saya untuk baring ke lantai.”

Selepas pegawai-pegawai itu dihalau keluar dari bangunan oleh Michel dan orang ramai yang datang membantu, mereka memecahkan sebuah tingkat dan membaling gas pemedih mata ke dalamnya. 

Michel telah ditangkap dan ditahan selama 48 jam sebelum dilepaskan tanpa dakwaan.

Video tersebut tular di sosial media pada pagi Khamis dan membangkitkan kemarahan di Perancis, dimana baru-baru ini ahli-ahli Parlimen mengundi undang-undang baru untuk meningkatkan kuasa polis..

Mbappe menerbitkan satu nota di Twitter sebagai tindak balas video tersebut.

“Video yang tidak tertahan, keganasan yang tidak boleh diterima,” dia menulis.

“‘Negara [Perancis] saya mempunyai nilai, prinsip dan kod..negara saya tidak hidup dalam pembohongan.

“Dengan hati dan amarah di dalam cahaya, bukan di dalam bayang-bayang.

“Negara saya bagi saya adalah satu percampuran, satu pelangi.

“Dia mengganggu kamu, saya tahu, kerana dia tidak mahu kamu menjadi satu model contoh.

“Hentikan kecaman perkauman.”

Sementara itu Griezmann berkongsi video dengan pesanan: “Negara saya terluka”, dan Mendy bertanya: “Tanpa video ini apakah yang akan terjadi kepada Michel? Kami perlu percaya versi polis yang di bawah sumpah?”

Tweet Lacazette mengandungi emoji marah sebagai tindak balas video yang bertebaran di medial sosial.

Be the first to comment