Connect with us

Lain-Lain Perkembangan

Pemain legenda bolasepak dunia, Diego Maradona meninggal dunia

Published

on

Diego Maradona telah meninggal dunia pada usia 60 tahun selepas mengalami serangan jantung.

Jurulatih Gimnasia ini telah dimasukkan ke dalam hospital pada awal November, selepas beberapa hari menyambut hari lahirnya yang ke-60, selepas mengadu lemah semangat dan keletihan.

Ujian yang dilakukan di klinik La Plata mendedahkan terdapat ketulan darah pada otaknya, yang pembedahannya selamat dilakukan oleh para doktor.

Advertisement

Maradona kemudian dilepaskan keluar dari hospital sebagai pesakit luar untuk meneruskan pemulihannya, yang dilakukan di kawasan kejiranan persendirian berhampiran Tigre, utara Buenos Aires.

Tetapi dia menderita serangan jantung pada pagi Rabu, dan ahli paramedik yang berada di tempat kejadian tidak berjaya menghidupkannya semula.

Akaun rasmi Twitter pasukan bolasepak kebangsaan Argentina mengesahkan berita tersebut pada hari Rabu, memberikan penghormatan kepada salah seorang pemain paling disayangi negara.

“Kamu akan diabadikan di dalam setiap hati bolasepak dunia,” salah satu ayat yang ditulis sebagai ucapan pemergian kepada pemain legenda ini.

Advertisement

Presiden persatuan bolasepak Argentina Claudio Tapia juga meluahkan “kesedihan yang mendalam” setelah mengetahui berita tersebut.

Diego Maradona bersama Lionel Messi semasa kempen Piala Dunia 2010

Maradona memulakan karier profesional ketika berusia 16 tahun bersama Argentinos Juniors dan kemudian meningkat naik dan dianggap sebagai salah seorang pemain bolasepak terhebat di dunia. 

Pemain serangan yang mempunyai kaki kiri yang berbisa pernah menjadi pemain untuk Boca Juniors, Barcelona, Napoli, Sevilla dan Newell’s Old Boys, dan kemudian menjadi jurulatih kelab Racing Club, Dorados, Gimnasia dan pasukan kebangsaan Argentina. 

Dan namanya diabadikan bersama the Albiceleste. 

Maradona memainkan peranan penting dalam kejayaan memenangi trofi Piala Dunia kedua Argentina pada 1986, mengetuai pasukan menewaskan Jerman Barat dalam perlawanan akhir di bawah kendalian Carlos Bilardo

Advertisement

Dia menjaringkan lima gol untuk menamatkan kejohanan di tempat kedua senarai penjaring gol terbanyak di belakang penyerang England Gary Lineker, dengan kedua-dua mereka bertemu dalam perlawanan suku akhir dalam salah satu perlawanan paling ikonik, mungkin juga paling kontroversi, dalam sejarah 90 tahun Piala Dunia. 

Pemain yang memakai jersi no 10 Argentina ini menjaringkan dua gol untuk menewaskan England dalam kemenangan 2-1, gol pertama merupakan gol ‘Tangan Tuhan‘ yang sangat dikenali dan gol kedua dijaringkan selepas berjaya menggelecek beberapa pemain lawan yang kemudian dianggap sebagai ‘Goal of the Century’. 

Maradona juga membantu negaranya untuk mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 1990, namun tewas kepada Jerman Barat.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply