Connect with us

Inter Milan

Saya mahu raikan kemenangan ke atas Real Madrid bersama peminat Barcelona

Published

on

Pemain bintang Chile ini merasakan pertemuan dengan the Los Blancos ibarat perlawanan akhir dan dia berharap dapat membawa pulang tiga mata untuk dua kumpulan penyokong.

Arturo Vidal menambah insentif ke atas sasaran menewaskan Real Madrid dalam pertembungan Liga Juara-Juara pada hari Selasa (awal pagi Rabu waktu Malaysia), dan ia boleh membawa kegembiraan kepada para peminat bekas kelabnya Barcelona.

Vidal menghabiskan dua musim bersama Barca sebelum membuat perpindahan ke Inter pada musim panas, dan dia peka dengan permusuhan di antara the Catalans dan Real.

Advertisement

Fokusnya adalah untuk mendapatkan tiga mata untuk pasukannya sekarang, tetapi dia tetap mahu meraikan kejayaan di Stadium Alfredo Di Stefano bersama peminat Inter dan juga Barca.

“Ia satu perlawanan yang hebat,” Vidal berkata di sidang media pada hari Isnin.

“Saya menghabiskan dua tahun yang hebat di Barcelona, jadi saya berharap dapat meraikan kemenangan dengan peminat Inter dan Barcelona.”

Vidal tidak mempunyai rekod yang baik menentang Real. Dia telah dibuang padang semasa aksi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang mereka semasa bermain dengan Bayern Munich pada 2017, sementara dua perlawanan menentang Los Blancos dalam saingan La Liga musim lepas berakhir dengan satu seri dan satu kalah.

Advertisement

Pada usia 33 tahun, Vidal tidak mempunyai tenaga yang pernah dimilikinya dahulu tetapi pengurus Inter Antonio Conte merasakan pemain tengah ini masih boleh beroperasi di tahap tertinggi, dan dia mahu membalas kepercayaan tersebut.

“Saya gembira untuk berada di sini dan melakukan apa yang jurulatih minta,” kata Vidal.

“Sebelum ini, saya menjaringkan banyak gol, sekarang saya perlu memberikan segalanya, melakukan apa yang diminta oleh jurulatih dan mengutamakan pasukan terlebih dahulu.

“Bagi kami, tidak kira dalam saingan liga atau Liga Juara-Juara, semua pertama ibarat perlawanan akhir. Esok (awal pagi Rabu waktu Malaysia) akan menjadi satu perlawanan yang getir.

Advertisement

Memang baik untuk menentang pasukan kuat seperti Real Madrid, tetapi bagi kami, semua perlawanan ibarat perlawanan akhir.”

Pengalaman Vidal dalam perlawanan besar Eropah sangat penting, kerana kekalahan akan menjadi satu tamparan hebat buat Inter atau Real.

Real hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan pertama kumpulan B, manakala Inter hanya lebih satu mata mengatasi mereka.

Shakhtar Donetsk dan Borussia Mochengladbach berada di kedudukan pertama dan kedua, dan akan bertemu dalam satu lagi perlawanan kumpulan B di Kiev.

Advertisement

Skuad Conte terbang ke ibu negara Sepanyol sebagai pasukan bukan pilihan, dan kerja mereka semakin sukar tanpa kelibat penyerang utama Romelu Lukaku, yang mengalami kecederaan peha.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply