Connect with us

Arsenal

“Saya perlu keluar dari Arsenal untuk berasa seronok,” – Matteo Guendouzi

Published

on

Matteo Guendouzi berkata dia perlu meninggalkan Arsenal untuk berasa lebih seronok, selepas terluka dengan kurang masa bermain di utara London.

Guendouzi telah dipinggirkan dari skuad Arsenal selepas bertegang urat dengan Neal Maupay, semasa the Gunners tewas 2-1 di Brighton pada Jun lepas.

Pemain Perancis ini tidak lagi menjadi kegemaran Mikel Arteta walaupun berjaya mengelak hukuman daripada Persatuan Bolasepak selepas mencengkam leher Maupay, dan akhirnya dipinjamkan ke Hertha Berlin pada Oktober.

Advertisement

Sejak itu, pemain berusia 21 tahun ini membuat tiga penampilan untuk kelab Bundesliga ini, dengan penampilan terakhir ketika tewas 5-2 kepada Borussia Dortmund pada Sabtu lepas.

Guendouzi berkata dia sudah terbiasa bermain secara kerap di Arsenal berikutan perpindahannya ke Stadium Emirates dari Loriet pada 2018, dan apabila nikmat ini ditarik pergi daripadanya, dia mula merenungkan masa depannya.

“Saya perlu berasa seronok di atas padang, mendapatkan semula keyakinan dan itulah yang ditawarkan oleh Hertha. Ia sememangnya pilihan yang saya buat,” dia memberitahu Telefoot.

“Dalam tempoh dua musim, saya bermain lebih 80 perlawanan bersama Arsenal.

Advertisement

“Apabila kamu kurang bermain, kamu mula berfikir dan ia menyakitkan.

Matteo Guendouzi menikmati 213 minit bermain dalam tiga penampilan pertamanya bersama Hertha Berlin

Guendouzi juga menetapkan dirinya untuk menjadi seorang pemain skuad senior kebangsaan Perancis, selepas mewakili negaranya di peringkat bawah 21 tahun, bawah 20 tahun, bawah 19 tahun, dan bawah 18 tahun.

“Ia adalah impian saya sejak kecil. Sungguh menakjubkan untuk menjadi sebahagian daripadanya,” dia menambah. 

“Saya masih menetapkan minda saya untuk mendapat lebih banyak panggilan, dan menjadi seorang pemain penting pada masa depan.”

Guendouzi masih mempunyai kontrak di Arsenal sehingga 2022, tetapi pemain legenda kelab Kevin Campbell antara yang percaya pemain perancang muda ini sudah tidak mempunyai karier di utara London.

Advertisement

“Dia tidak mempunyai masa depan di Arsenal. Mikel Arteta meletakkannya dalam penahanan selepas perlawanan Brighton musim lepas – dan itulah dia – penahanan,” Campbell berkata pada awal bulan ini.

“Seorang pengurus seperti Arteta mahu melihat kamu menjadi diri kamu, menerima hukuman, dan terus bekerja. Guendouzi tidak dapat melakukannya.”

Guendouzi akan kembali beraksi bersama Hertha semasa mereka berkunjung ke Bayer Leverkusen hujung minggu ini.

Advertisement