Sir Alex Ferguson memberi sokongan kempen Marcus Rashford

Sir Alex Ferguson telah memuji usaha Marcus Rashford dan memberikan kerjasama dengan penyerang Manchester United untuk mengatasi masalah kemiskinan makanan kanak-kanak.

Rashford dianugerahkan MBE atas kempen terbarunya -yang menyaksi kerajaan Britain dua kali berpatah balik dengan keputusan mereka untuk memberikan hidangan percuma persekolahan kepada kanak-kanak yang memerlukan semasa cuti sekolah.

Kini pemain berusia 23 tahun ini berkata bekas boss United itu bersedia untuk memberikan £2 juta terhadap badan kebajikan FareShare dimana Rashfrod menjadi dutanya.

Satu rayuan di the Times mensasarkan untuk mengumpul dana dan Rashford mendedahkan Ferguson, bersama-sama Sir Michael Moritz, akan menyamakan sumbangan sehingga jumlah yang disebutkan dan menggambarkan berita itu sebagai “menakjubkan”.

Ferguson, 78, membesar di Glasgow dalam keadaan yang sukar dan percaya Rashford sudah melakukan kerja yang bagus menggariskan masalah yang dihadapi banyak keluarga di seluruh Britain.

“Kamu akan terkejut dengan jumlah mereka yang memerlukan makanan,” Ferguson memberitahu the Times.

“Marcus telah membuka mata semua orang di Britain. Kerja-kerja yang dilakukannya sangat hebat dan kami semua berbangga dengannya.

“Apa yang Marcus lakukan adalah dia mengetuai jalan – orang akan berkata, “Budak ini baru berusia 23 tahun’. Orang yang berada peringkat kemudian usia mereka sepetutnya berkata, ‘Saya boleh melakukan sesuatu’.”

Rashford tidak pernah bermain di bawah Ferguson, membuat debut United semasa berusia 18 tahun, tiga tahun selepas pengurus legenda itu bersara.

Tetapi kini dia meninggalkan kesan ke atas Ferguson – seorang pemenang 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris semasa 25 tahun pengurusannya di United – di luar padang.

“Dia sepatutnya memberikan saya sedikit nasihat kerana apa yang dia lakukan pada usia 23 tahun sangat bagus untuk seorang yang masih muda,” tambah Ferguson.

“Saya tidak perlu memberitahu Marcus kerana saya fikir terdapat kerendahan hati dalam cara dia menjalani kehidupannya.

“Ini ada kualiti-kualiti yang membawa kamu sepanjang hidup. Bolasepak tidak mengubahnya. Terdapat bahaya di dalam bolasepak yang boleh mengubah seseorang, duit boleh mengubah seseorang, menjadi terkenal boleh mengubah seseorang.

“Menjadi seorang selebriti di dalam hidup kadang kala boleh menjadi satu masalah keran tidak semua orang boleh mengecapi kejayaan dengan baik. Dan pada masa yang sama Marcus melakukannya dengan sangat baik.”

Be the first to comment