Statistik mingguan Liga Perdana Inggeris 2020/21

Musim 2020/21 Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula pada hari Sabtu 12 September (tarikh UK).

Musim ini juga bermula selepas berehat tujuh minggu setelah berakhirnya kempen 2019/20 yang terganggu dek virus corana.

Di antara perlawanan menarik pembukaan liga adalah dimana juara bertahan, Liverpool menentang Leeds United di Anfield – yang baharu dipromosikan musim ini.

Manakala Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Wolves telah diberi cuti tambahan oleh EPL setelah beraksi di peringkat kalah mati dalam pertandingan Eropah bagi musim lalu.

Situasi ini menyebabkan hanya lapan perlawanan sahaja dilangsungkan daripada sepuluh perlawanan yang sepatutnya dijalankan pada minggu pertama EPL.

Perlawanan minggu pertama menyaksikan tiada gol sendiri direkodkan dan gol dimasa kecederaan juga tiada dijaringkan serta tiada layangan kad merah dicatatkan.

Dan secara keseluruhan, sebanyak 23 gol berjaya direkod pada minggu pertama EPL.

Bagaimanapun memasuki minggu ataupun perlawanan minggu ke-8, sebanyak 242 kad kuning dilayangkan dan 10 kad merah direkodkan.

Manakala jumlah jaringan sendiri sebanyak lapan memberikan 1.1% daripada keseluruhan perkara yang direkodkan sepanjang minggu kelapan EPL.

Minggu kelapan EPL menyaksikan sebanyak 245 gol dijaringkan dengan purata sebanyak 30.6 gol dijaringkan setiap minggu.

Mengharungi minggu ke-8 dengan terdapat pasukan yang telah beraksi sebanyak sembilan perlawanan, Chelsea merupakan pasukan yang paling cemerlang dalam menghasilkan gol dengan mencatatkan 22 jaringan.

Manakala Spurs pula cemerlang dari segi pertahanan dengan hanya membenarkan gawang mereka dibolosi sebanyak sembilan kali (paling sedikit bolos).

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 JUMLAH
Jumlah Perlawanan 8 10 10 10 10 10 10 10 78
Jumlah Jaringkan 23 44 36 41 28 19 30 24 245
Gol Separuh Masa Pertama 10 17 18 18 12 7 14 15 111
Gol Separuh Masa Kedua 13 27 18 23 16 12 16 9 134
Gol masa kecederaan 0 2 5 2 4 1 4 2 20
Gol Sendiri 0 1 2 0 2 1 0 2 8
Penalti dihadiahkan 5 8 7 5 4 1 6 5 41
Penalti dijaringkan 5 6 7 5 2 1 6 2 34
Penalti diselamatkan 0 2 0 0 2 0 0 3 7
Hat Trick 1 2 1 1 0 1 0 0 6
Kad Kuning 19 28 41 27 40 30 29 28 242
Kad Merah 0 4 0 1 2 2 1 0 10

Senarai penjaring hat-trick setakat ini (minggu kelapan EPL).

Bil Pemain Kelab Lawan Keputusan perlawanan Tarikh
1 Mohamed Salah Liverpool Leeds United 4–3 12-Sep-20
2 Dominic Calvert-Lewin Everton West Bromwich Albion 5–2 19-Sep-20
3 Heung-min Son Tottenham Hotspur Southampton 2–5 20-Sep-20
4 Jamie Vardy Leicester City Manchester City 2–5 27-Sep-20
5 Ollie Watkins Aston Villa Liverpool 7–2 4-Oct-20
6 Patrick Bamford Leeds United Aston Villa 0–3 23-Oct-20
About MyGooners 904 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment