Tidak boleh diterima.

Gambar sekadar hiasan.

Situasi semasa Arsenal ketika ini sememangnya tidak boleh diterima oleh kebanyakan peminat dan penyokong.

Sejak Liga Perdana Inggeris (EPL) diperkenalkan pada tahun 1992, Arsenal tidak pernah menamatkan saingan diluar tangga keenam liga kecuali pada musim pertama apabila menamatkan saingan ditangga ke-10 dan pada musim ketiga liga di kedudukan ke-12.

Musim keempat EPL, Arsenal dibawah kendalian Stewart Houston menamatkan saingan ditangga ke-5 sebelum Arsene Wenger hadir mengambil alih peranan tersebut.

George Graham (dua dari kanan) bersama Stewart Houston (kanan).

Namun prestasi Houston itu tidak boleh diambil sebagai ukuran memandangkan beliau hanya bertindak sebagai ‘caretacker’ pasukan dan hanya mengendalikan 19 perlawanan sebelum kedatangan Wenger.

Dan sepanjang Wenger mengenalikan Arsenal, rekod terburuk yang dicatatkan beliau adalah dengan menghuni tangga ke-6 liga, iaitu pada musim terakhirnya di Emirates.

Penggantinya, Unai Emery membawa sedikit perubahan pada kedudukan akhir liga dengan menamatkan saingan ditangga ke-5 liga sebelum dipecat dan digantikan Mikel Arteta pada musim lalu.

Namun kehadiran Arteta tidak banyak mengubah kedudukan dimana Arsenal pada musim lalu hanya menamatkan saingan EPL dikedudukan ke-8, yang merupakan penamat paling teruk dalam tempoh 20 tahun terkini.

Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak boleh dipersalahkan 100% ke atas Arteta memandangkan beliau hanya menyambung tugasan Emery dipertengahan liga.

Rekod beliau yang mengendalikan 20 perlawanan liga Arsenal juga masih boleh diterima apabila mencatatkan sembilan kemenangan dengan seri enam perlawanan dan kalah lima kali.

Manager Matches W D L Goals Points PPM
Arteta 20 9 6 5 32:21 33 1.65
Emery 13 4 6 3 18:19 18 1.38

Memasuki musim baharu dengan sembilan perlawanan telah diharungi, kedudukan liga Arsenal masih belum menyakinkan dengan berada dipertengahan liga ketika ini.

Situasi ini jelas tidak menggembirakan penyokong dan peminat Arsenal.

Pun begitu, bukan sahaja kedudukan liga yang menjadi persoalan sehinggakan sebahagian pemainat dan penyokong tidak boleh menerimanya.

Jumlah jaringan yang dicatatkan juga amat mengecewakan apabila hanya merekodkan sembilan gol daripada sembilan perlawanan.

Walaupun musim ini, Arteta bagaikan mampu menyelesaikan masalah pada benteng pertahanan, namun jumlah bolos masih dianggap tinggi jika dibandingkan dengan jumlah gol yang dijaringkan.

Berdasarkan statistik dibawah, prestasi Arsenal benar-benar membimbangkan dan ianya masih banyak yang perlu dilakukan oleh Arteta.

Subject Total/Rank
Rank 14
Goals scored in 9 matches played 9
Goals allowed in 9 matches played 10
Expected goals scored in 9 matches 10
Expected goals against in 9 matches 12.5
Shot creating actions per 90 16th
Shot creating actions per90 by Dani   Ceballos 2.73
Shot creating actions per90 by Willian 2.42
Shot creating actions per90 by Pepe 0.96
Total number of shot creating actions   this season by Pepe 3
Number of   those that came from open play 1
Progressive distance passed this season 12th
Key passes 14th
Expected   assists 10th
Final third   passes completed 9th
Passes into   the penalty area 13th
Crosses into   the penalty area 11th
Progressive   passes 12

Perkara ini akan dapat kita nilaikan apabila Arsenal menerima kunjung Wolves pagi esok dalam saingan EPL.

Adakah Arteta mampu mengembalikan kenyakinan pemain dan penyokong dalam mengharungi musim ini?

Dari segi kedudukan, Wolves jelas berada diatas Arsenal dengan menghuni ditangga ke-10 berbanding The Gunners ditangga k-14 ketika ini.

Perlawanan liga Arsenal malam ini/pagi esok waktu Malaysia.

Malah jika dibandingkan nilai keseluruhan skuad, Arsenal jelas memiliki skuad lebih mahal berbanding lawan , kira-kira 63% lebih tinggi dari segi nilai pemain (skuad semasa).

Perbandingan Arsenal – Wolves.

Diatas kertas, Arsenal dilihat tidak menghadapi masalah untuk mengutip 3 mata berharga malam ini/pagi esok.

Namun dalam bolasepak, semuanya mampu terjadi.

Rekod pertemuan Arsenal vs Wolves dalam saingan EPL.

Lawan P M S K J B
Wolverhampton   Wanderers 12 8 3 1 24 8
Jangkaan kesebelasan utama kedua-dua pasukan.

REKOD PENCAPAIAN LIGA ARSENAL UNTUK 20 TAHUN TERKINI.

Rekod pencapaian Arsenal dalam tempoh 20 tahun dengan kedudukan semasa (14 -musim ini)

REKOD ARSENAL MENAMAT LIGA SEMENJAK EPL DIPERKENALKAN.

MUSIM LIGA M S K J:B +/- MATA RANK PENGURUS
20/21 First Tier 4 1 4 9:10 -1 13 14 Mikel Arteta
19/20 First Tier 14 14 10 56:48 8 56 8 Mikel Arteta
18/19 First Tier 21 7 10 73:51 22 70 5 Unai Emery
17/18 First Tier 19 6 13 74:51 23 63 6 Arsène Wenger
16/17 First Tier 23 6 9 77:44 33 75 5 Arsène Wenger
15/16 First Tier 20 11 7 65:36 29 71 2 Arsène   Wenger
14/15 First Tier 22 9 7 71:36 35 75 3 Arsène   Wenger
13/14 First Tier 24 7 7 68:41 27 79 4 Arsène Wenger
12/13 First Tier 21 10 7 72:37 35 73 4 Arsène Wenger
11/12 First Tier 21 7 10 74:49 25 70 3 Arsène   Wenger
10/11 First Tier 19 11 8 72:43 29 68 4 Arsène Wenger
09/10 First Tier 23 6 9 83:41 42 75 3 Arsène Wenger
08/09 First Tier 20 12 6 68:37 31 72 4 Arsène Wenger
07/08 First Tier 24 11 3 74:31 43 83 3 Arsène Wenger
06/07 First Tier 18 11 8 60:35 25 65 4 Arsène Wenger
05/06 First Tier 20 7 11 68:31 37 67 4 Arsène Wenger
04/05 First Tier 25 8 5 87:36 51 83 2 Arsène Wenger
03/04 First Tier 26 12 0 73:26 47 90 1 Arsène Wenger
02/03 First Tier 23 9 6 85:42 43 78 2 Arsène Wenger
01/02 First Tier 26 9 3 79:36 43 87 1 Arsène Wenger
00/01 First Tier 20 10 8 63:38 25 70 2 Arsène Wenger
99/00 First Tier 22 7 9 73:43 30 73 2 Arsène Wenger
98/99 First Tier 22 12 4 59:17 42 78 2 Arsène Wenger
97/98 First Tier 23 9 6 68:33 35 78 1 Arsène Wenger
96/97 First Tier 19 11 8 62:32 30 68 3 Arsène Wenger
95/96 First Tier 17 12 9 49:32 17 63 5 Bruce Rioch
94/95 First Tier 13 12 17 52:49 3 51 12 Stewart Houston
93/94 First Tier 18 17 7 53:28 25 71 4 George Graham
92/93 First Tier 15 11 16 40:38 2 56 10 George Graham
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment