Tidak masuk akal!

Jumlah harga yang diminta Lyon untuk melepaskan pemain mereka dengan nilai sebanyak € 60-70 juta tidak masuk akal.

Keengganan Houssem Aouar untuk menyertai sesi latihan selepas perlawanan Lyon menentang Angers telah memaksa pasukan Ligue 1 itu menghukumnya.

Ini dapat disaksikan apabila pemain tidak disenaraikan pada perlawanan minggu lalu menentang Reims.

Perkara ini dilaporkan oleh L’Equipe pada hari Jumaat dan akhbar itu menjelaskan bahawa pemain berusia 22 tahun itu merasa kecewa setelah calon pelamar seperti Arsenal, PSG dan Juventus tidak menandatanganinya pada musim panas.

Laporan L’Equipe  pada 26 Oktober yang mengatakan bahawa Arteta berminat menandatangani Houssem Aouar.

Malah laporan itu juga menyatakan The Gunners ‘terlalu segan’ dengan percubaan mereka untuk mendapatkan pemain tengah menyerang itu.

Dakwaan L’Equipe itu kemudiannya telah dilaporkan kembali oleh Calciomercato dan mereka menambah bahawa pada hari-hari terakhir pada jendela perpindahan musim panas, pemenang Serie A telah ‘berhubung semula’ dengan Lyon.

Difahamkan wakil Juventus telah berunding dengan pihak pemain Perancis itu bagi tujuan untuk mendapatkan pemain tersebut pada tahun 2021.

Aouar bermimpi untuk bergabung dengan pasukan Eropah yang besar, tetapi Arsenal, ‘terlalu malu-malu dalam pendekatan mereka’, tidak bersedia memenuhi yuran € 50 juta yang diminta oleh Lyon.

Ia mendakwa Andrea Pirlo menyukai Aouar dan mempunyai ‘persetujuan kuat’ dari Fabio Paratici.

Namun, kesepakatan itu tetap rumit kerana presiden Lyon, Jean-Michel Aulas ‘selalu mengulangi’ penilaian bintangnya itu tidak akan kurang dari € 60-70 juta, walaupun dunia kini sedang berdepan krisis Covid-19.

Kelab Turin itu jelas tidak mahu memenuhi angka yang dipinta mereka sebagaimana tindakan Arsenal sebelum ini yang turut bertindak demikian.

Samaada Aulas tahu bahawa angka-angka itu tidak realistik ataupun Calciomercato yang berlebihan dalam membuat laporan mereka, tidaklah diketahui setakat ini.

Untuk pasukan Old Lady menandatangani Aouar, laporan itu mengatakan terdapat ‘dua faktor’ yang akan mempengaruhi Lyon.

Yang pertama, dari sudut ekonomi (bayaran ataupun nilai perpindahan) dan yang kedua adalah formula untuk perpindahan itu berlaku.

Juve dikatakan mahu melaksanakan pertukaran dan jika ini tidak dipersetujui oleh Lyon, juara Itali itu mahukan Aouar dalam perjanjian pinjaman selama dua tahun dengan ‘klausa pembelian’ pada akhir kontrak tersebut.

Calciomercato mengakhiri laporan mereka dengan menyatakan bahawa ‘seperti Arsenal dan PSG, Juve juga tidak menarik diri dari perlumbaan mendapatkan Aouar’.

Jika perkara ini benar, sudah pasti harga yang dipinta Lyon boleh dipertimbangakan kerana terdapat tiga pasukan besar yang mahu mendapatkan khidmat pemain tersebut walaupun ianya tidak masuk akal dengan situasi sekarang.

About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment