William Saliba dialukan kembali ke Saint-Etienne – Mathieu Debuchy

Bekas pemain pertahanan Arsenal mengatakan masih ada tempat untuk rakan senegaranya di Stadium Geoffroy jika dia membuat keputusan meninggalkan utara London.

William Saliba telah mendapat galakan untuk kembali ke Perancis oleh Mathieu Debuchy, yang mengatakan pemain pinggiran Arsenal itu boleh diterima kembali di Saint Etienne pada musim sejuk ini.

Saliba menyertai Arsenal dari Saint Etienne dalam perjanjian £27juta pada Julai 2019, dan kemudian kembali ke Stadium Geoffroy secara pinjaman sebagai musim terakhirnya di sana.

Pemain berusia 19 tahun ini akhirnya menyertai rakan sepasukan barunya di Stadium Emirates pada musim panas ini, tetapi sejak itu gagal mencari jalan masuk ke dalam skuad senior Mikel Arteta.

Pemain Perancis ini masih menanti debut penuhnya bersama the Gunners, dengan lima penampilannya setakat ini hanyalah bersama skuad bawah 23 tahun.

Saint Etienne berusaha untuk menandatangani kembali Saliba sebelum waktu tutup jendela perpindahan yang lepas, tetapi perjanjian terakhir tidak dapat diselesaikan, dan dia terpaksa menerima nasibnya dalam senarai pemain pertahanan tengah di belakang David Luiz, Rob Holding, Gabriel Magalhaes dan Shkodran Mustafi.

Walaubagaimanpun, kelab Ligue 1 ini dikatakan menanam kembali minat mereka terhadap bekas pemain mereka apabila jendela perpindahan Januari dibuka, dan kapten kelab Debuchy mengakui pasukannya lebih lemah selepas pemergiannya.

“Saya yakin dalam keadaan sekarang kami memerlukan dua atau tiga orang pemain untuk melengkapkan skuad,” bekas pemain bek Arsenal full-back memberitahu Telefoot.

“Samaada di bahagian pertahanan dan mungkin juga di bahagian serangan. Saya percaya jurulatih akan memberikan jalan penyelesaian.

“Kami tahu kualiti William. Dia sangat mengagumkan di Saint Etienne.

“Malangnya untuk dia kerana permulaan di Arsenal tidak seperti yang dia mahukan. William dan Wesley [Fofana], mereka berdua adalah dua pemain pertahann yang meninggalkan kamu yang telah melakukan dengan baik, jadi ia satu kerugian.

“Jika William mahu kembali pada musim sejuk ini, dia akan diterima dan dia mempunyai kelebihan mengenali pasukan.”

Saliba mungkin tidak akan beraksi apabila Arsneal menjadi tuan rumah kepada Wolvers pada hujung minggu ini, dimana anak buah Arteta mahu membina dari kemenangan baik 3-0 ke atas Molde dalam saingan Europa League pada Khamis lepas.

Be the first to comment