Connect with us

Arsenal

Aouar mungkin tinggalkan Lyon lebih awal.

Published

on

Pemain tersebut dilaporkan ‘dapat meninggalkan Lyon lebih awal’, dengan Gunners didorong ke depan sebagai pilihan.

Houssem Aouar antara pemain kegemaran dan keinginan besar buat kebanyakkan penyokong Arsenal ketika jendela perpindahan terakhir dan kadang-kala ianya kelihatan seperti The Gunners berusaha keras untuk menandatangani pemain itu.

Lyon, seperti biasa, berusaha membuat situasi ‘lelongan’ bagi melepaskan pemain itu dan perkembangan itu membuatkan kelab Perancis tersebut seperti tidak memiliki minat serius yang mereka harapkan terhadap pemain tengah itu.

Arsenal pula, tidak mahu memenuhi permintaan (nilai dan angka) yang dituntut oleh pasukan Ligue 1 dan itu menyaksikan The Gunners kemudiannya mengalihkan perhatian mereka kepada Atletico Madrid dan Thomas Partey.

Advertisement

Partey bukanlah ‘salinan’ Aouar, jadi kemungkinan buat Arsenal kembali untuk mendapatkan pemain Perancis itu tetap ada.

L’Equipe edisi Jumaat melihat keadaan pemain tengah dan penggantungannya baru-baru ini dari pasukan Lyon, setelah enggan menyertai sesi latihan selepas perlawanan menentang Angers.

Itu menyebabkan kisah pemain tersebut kini menjadi bualan dengan masa depannya kini tergantung dan mungkin tidak lama akan dilepaskan Lyon.

L’Equipe mengukuhkan lagi dakwaan tersebut dengan menyatakan pemain tersebut kini ‘boleh pergi dengan cepat’.

Advertisement

Bagaimanapun pasaran perpindahan musim sejuk mungkin dipengaruhi dengan krisis Covid-19 yang sedang berlangsung dan ini akan menyebabkan nilai permintaan mungkin menjadi lebih rendah.

Namun laporan itu menyatakan bahawa Arsenal tetap memantau dan mengikuti perkembangan pemain tersebut.

Laporan L’Equipe  pada 4 Disember 2020.