Connect with us

Arsenal

Nama Mustafi berada dalam senarai sasaran jendela perpindahan Januari ini.

Published

on

Nama Shkodran Mustafi berada dalam senarai perpindahan Januari Arsenal namun perpindahan bergantung kepada hasil rundingan lain.

Awal bulan ini, kami telah mengulas mengenai dakwaan yang dibuat di Sepanyol bahawa pemain pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi telah muncul sebagai sasaran perpindahan untuk Barcelona dan Real Betis.

Laporan terdahulu mendedahkan bahawa Ronald Koeman mempunyai pilihan terhad pada barisan pertahanan tengahnya dan oleh itu, kelab Catalan tersebut berusaha untuk mengukuhkan posisi tersebut pada bulan Januari ini.

Bagaimanapun, Eric Garcia tetap menjadi sasaran nombor satu untuk pasukan gergasi Sepanyol itu, tetapi sukar untuk membawanya keluar dari Manchester City bulan depan.

Advertisement

Menurut Mundo Deportivo, Barcelona sedang mencari pilihan alternatif dan pemain Ajax, Lisandro Martínez, Mustafi (Arsenal) dan pertahanan AS Roma, Federico Fazio telah dikenal pasti sebagai pilihan sekiranya gagal mendapatkan Garcia.

Eric Garcia menjadi pilihan utama Barcelona.

Ia mendakwa kelab Catalan itu mempertimbangkan untuk mengambil Martínez dengan perjanjian pinjaman.

Mengenai dua pemain lain, akhbar itu menjelaskan nama Mustafi dan Fazio termasuk dalam senarai perpindahan pasukan Camp Nou untuk Januari.

Namun, ‘semuanya dibekukan’, sehingga hasil rundingan untuk menandatangani Garcia diketahui.

Barca akan menandatangani pemain pertahanan tengah baharu pada jendela musim sejuk dan mereka mempunyai nama Mustafi dalam ‘portfolio’ perpindahan mereka.

Advertisement

Pemain berusia 28 tahun itu terlepas aksi awal musim ini kerana kecederaan lutut dan hanya terhad kepada dua penampilan dalam aksi Liga Perdana Inggeris setelah kembali cergas.

Selain itu, Mustafi mempunyai lima penampilan lagi dalam saingan Liga Europa.

Buat masa ini, Arsenal mempunyai tujuh pertahanan tengah dan sekiranya khidmat Mustafi dilepaskan pada Januari ini, kemungkinan Sokratis akan disenaraikan bagi baki saingan musim ini.

Bil Pemain Umur Nilai Pasaran semasa
1 Gabriel 22 €28   juta
2 William Saliba 19 €22.5 juta
3 Calum Chambers 25 €14.5   juta
4 Shkodran Mustafi 28 €12   juta
5 Rob Holding 25 €9.5   juta
6 Pablo Marí 27 €7 juta
7 Sokratis* 32 €6   juta
8 David Luiz 33 €6   juta
Sokratis tidak didaftarkan untuk saingan EPL dan Eropah
Skuad Arsenal musim 2020/21.

Advertisement