Connect with us

Liga Juara-Juara

Didier Drogba berterima kasih kepada para pemain Istanbul dan PSG

Published

on

Bekas pemain bintang Chelsea itu berpuas hati melihat kedua-dua kelab mengambil pendirian selepas satu dakwaan cemuhan perkauman oleh salah seorang pegawai perlawanan.

Didier Drogba telah berterima kasih para pemain Paris Saint-Germain and Istanbul Basaksehir kerana berjalan keluar dari padang untuk menentang sikap perkauman, dengan pegawai perlawanan yang baru sudah disahkan untuk perlawanan Liga Juara-Juara yang ditunda ini.

PSG menerima kunjungan kelab Turki Basaksehir di Parc des Princes dalam perlawanan penentuan Kumpulan H pada malam Selasa, mengetahui menang atau seri akan melihat mereka layak ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Advertisement

Walaubagaimanapun, perlawanan hanya berlangsung selama 14 minit sebelum dihentikan, selepas pegawai keempat Sebastian Coltescu dituduh menggunakan bahasa perkauman yang menyinggung perasaan terhadap pembantu jurulatih Basaksehir Pierre Webo.

Webo telah dibuang padang untuk peranannya dalam pertelingkahan itu, yang menyebabkan pasukan pelawat berjalan keluar dari padang sebagai tanda protes, dan diikuti oleh PSG sebagai satu pertunjukan kesatuan menentang prasangka perkauman, yang menggembirakan Drogba.

Bekas rakan sepasukan Drogba di Chelsea iaitu Demba Ba telah mendengar pertengkaran dengan Coltescu dan terus bangun dari bangku pemain simpanan, dan bertanya: “Kenapa, apabila kamu mengatakan Black guy, kamu perlu mengatakan ‘this Black guy’?”

Drogba menaikkan video bantahan Ba di media sosial dan memuji tindakan pemain kedua-dua pasukan selepas perlawanan itu dihentikan secara rasmi, menulis di Twitter: “Terima kasih Demba Ba dan Achille Webo kerana menyatakan pendirian dan kepada para pemain yang meninggalkan padang.”

Advertisement

UEFA telah mengesahkan pasukan pegawai perlawanan yang baru akan digunakan apabila perlawanan disambung kembali pada petang Rabu dalam satu kenyataan rasmi di laman sesawang mereka, yang dibaca: “UEFA telah – selepas berbincang dengan kedua-dua pasukan – membuat keputusan dengan dasar pengecualian untuk mengadakan perlawanan dengan baki minit perlawanan dengan pasukan pegawai perlawanan yang baru.

“Satu penyiasatan mendalam mengenai insiden yang berlaku akan dibuka serta-merta.”

PSG tetap layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara walaupun perlawanan mereka ditunda ke hari lain selepas Manchester United tewas 3-2 menentang RB Leipzig di tempat lawan.

Juara Perancis itu mempunyai rekod pertemuan lebih baik menentang the Red Devils yang bermakna mereka akan layak tidak kira mereka akan mengutip keputusan positif menentang Basaksehir.

Advertisement
Pemain-pemain PSG dan Istanbul berjalan keluar dari padang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply