Connect with us

Arsenal

Ketua kelab dedahkan perbualan dengan Mertesacker mengenai perpindahan pemain Arsenal.

Published

on

Pemain muda Arsenal mengagumkan dan membuatkan semua orang tertarik.

Pengarah sukan Hertha Berlin, Arne Friedrich telah mendedahkan apa yang diberitahu oleh ketua akademi Arsenal, Per Mertesacker mengenai Matteo Guendouzi sebelum perpindahan pemain Perancis itu ke pasukan Bundesliga.

Guendouzi menyertai kelab Jerman secara pinjaman pada jendela perpindahan musim panas, setelah disingkirkan oleh Mikel Arteta akhir musim lalu.

Pertengkaran terkenal diantara Guendouzi dan pemain Brighton, Neal Maupay pada aksi liga yang disambung semula ekoran wabak corona virus dipercayai menjadi faktor utama mengapa dirinya disingkirkan.

Advertisement

Insiden tersebut membuatkan Arteta tidak gembira dengan sikap pemain tersebut selain dipercayai menjadi punca beberapa masalah dibelakang tabir.

Sejak saat itu, Guendouzi terus ‘dihukum’ dengan Arsenal akhirnya memilih untuk menghantarnya secara pinjaman di hujung jendela perpindahan lalu setelah gagal menjualnya secara kekal.

Dia terbukti menjadi pemain hebat di kelab walaupun telah memulakan kehidupannya di sana dan secara terbuka, dia mengakui merasa lebih selesa setelah melalui masa yang sukar di Emirates.

Sekiranya masih ada yang terkesan dan masih ada peminat Arsenal yang tersisa merasainya , Mertesacker mungkin salah satu daripadanya.

“Dia pemain hebat,” kata Friedrich kepada transfermarkt.de.

Advertisement

“Sebelum perpindahan, saya juga bercakap dengan Per Mertesacker yang mana saya bermain bersamanya mewakili pasukan kebangsaan.

Per Mertesacker dan Arne Friedrich ketika mewakili skuad kebangsaan Jerman.

“Dia memberitahu saya Matteo adalah pemain berkualiti.

“Inilah yang ditunjukkan Matteo sejak hari pertama.

“Dia duduk di hotel selama dua minggu di bandar baharu, tetapi dia sangat profesional.

“Kami memberikannya basikal senaman supaya dia dapat bersenam.

Advertisement

“Sekarang dia menunjukkan setiap hari betapa hebatnya permainannya.

Dia sangat tenang dan menginginkan setiap bola, walaupun dalam tekanan.

“Dia memiliki pemahaman tentang cara untuk menang dalam permainan dan dia memiliki motivasi untuk menunjukkan kepada dunia bahawa dia adalah pemain yang baik.”

Guendouzi telah membuat empat penampilan bersama kelab Jerman dengan menghasilkan satu bantuan gol.
Nilai pasaran semasa Guendouzi berada pada 32 juta euro dan pernah mencecah pada paras 50 juta euro.
Nilai pasaran mengikut pecahan ataupun kedudukan.

Advertisement