Kronke ‘abaikan’ Arsenal?

Pemilik tunggal Arsenal dikatakan terlalu berkira – kedekut dalam mengeluarkan belanja.

Pemilikan kelab bolasepak Arsenal jauh berbeza dengan kelab lain dalam bolasepak Inggeris.

Ia dimiliki oleh syarikat induk, Arsenal Holdings plc yang memiliki sedikit saham untuk diperdagangkan.

Dari segi sejarah, kelab ini dimiliki oleh keturunan keluarga Bracewell-Smith dan Hill-Wood.

Kelab ini menarik minat luar kerana dua jutawan yang saling bersaing, Stan Kroenke dan Alisher Usmanov memperolehi pegangan saham yang signifikan pada tahun 2007.

Namun pada bulan Ogos 2018, tawaran Kroenke sebanyak £ 550 juta untuk memiliki saham Usmanov diterima dan jutawan Amerika Syarikat itu kemudiannya membeli baki saham untuk menjadi pemegang tunggal saham kelab.

Pemilikan tunggal ini juga menyebabkan Arsenal dikatakan menjadi ‘lemau’ dalam bersaing terutamanya berkaitan pembelian pemain.

Malah ada yang menganggap bahawa Kroenke ini sangat kedekut.

Namun benarkah Kroenke selaku pemilik Arsenal ini kedekut?

Jika mengambil kira tempoh sepuluh musim lalu (tidak termasuk musim ini), Arsenal telah berbelanja sebanyak €845.650,000.00 (756,074,523.75 pound sterling).

Musim Jumlah Pembelian Purata Umur Jumlah Nilai Pasaran Perbezaan (untung/rugi)
2010/11 €   23,000,000.00 22.0 € 46,780,000.00 € 23,780,000.00
2011/12 €   65,480,000.00 22.3 € 113,450,000.00 € 47,970,000.00
2012/13 €   56,000,000.00 22.2 € 78,000,000.00 € 22,000,000.00
2013/14 €   49,250,000.00 22.6 € 80,950,000.00 € 31,700,000.00
2014/15 €   118,980,000.00 22.2 € 92,000,000.00 -€ 26,980,000.00
2015/16 €   26,500,000.00 23.2 € 54,500,000.00 € 28,000,000.00
2016/17 €   113,040,000.00 22.8 € 110,950,000.00 -€ 2,090,000.00
2017/18 €   152,850,000.00 24.2 € 184,950,000.00 € 32,100,000.00
2018/19 €   80,150,000.00 24.6 € 118,200,000.00 € 38,050,000.00
2019/20 €   160,400,000.00 22.8 € 184,500,000.00 € 24,100,000.00
2020/21 €   86,000,000.00 25.7 € 147,300,000.00 € 61,300,000.00
Jumlah € 931,650,000.00 € 1,211,580,000.00 € 279,930,000.00

Manakala Kronke mengambil alih sepenuhnya Arsenal pada Ogos 2018 dan mengambil kira musim 2018/19 hingga kini, sebanyak €326,550,000.00 telah dibelanjakan dalam tiga jendela perpindahan (tidak termasuk jendela perpindahan musim sejuk 20/21).

Pada musim 2018/19 juga merupakan musim dimana Arsene Wenger tidak lagi bersama Arsenal dan tugas itu diambil alih oleh Unai Emery.

Emery pada musim pertamanya bersama Arsenal telah membelanjakan sebanyak €80 juta untuk membawa masuk Leno, Torreira, Sokratis dan Guendouzi selain beberapa pemain pinjaman dan percuma.

Musim Jumlah Pembelian Purata Umur Jumlah Nilai Pasaran Perbezaan (untung/rugi)
2018/19 €   80,150,000.00 24.6 € 118,200,000.00 € 38,050,000.00
2019/20 €   160,400,000.00 22.8 € 184,500,000.00 € 24,100,000.00
2020/21 €   86,000,000.00 25.7 € 147,300,000.00 € 61,300,000.00
Jumlah € 326,550,000.00 € 450,000,000.00 € 123,450,000.00

Pada musim itu juga, jumlah yang dibelanjakan Arsenal merupakan antara yang tertinggi dikalangan kelab Liga Perdan Inggeris (EPL).

The Gunners telah berbelanja sebanyak £64.8 juta untuk hanya menduduki tangga ke-5 liga dan kedudukan itu juga merupakan kelima tertinggi bagi kelab Inggeris berbelanja pada jendela perpindahan musim panas.

Rank Kelab Belanja (Juta) Jualan (Juta) Jumlah Belanja (Juta) Kedudukan penamat EPL
1 Liverpool £167.9 £12.5 £155.4 2
2 Chelsea £128.6 £41.3 £87.3 3
3 West Ham £94.9 £12.5 £82.3 10
4 Fulham £72 £4.1 £68 19
5 Arsenal £68.3 £3.5 £64.8 5
6 Wolves £69.8 £5.7 £64.1 7
7 Manchester   United £70.9 £19.3 £51.6 6
8 Brighton £57.1 £7.5 £49.6 17
9 Southampton £54.5 £10 £44.5 16
10 Everton £53.6 £20.3 £33.4 8
11 Huddersfield £42.9 £10.8 £32.1 20
12 Burnley £29.5 0 £29.5 15
13 Bournemouth £47.7 £18.3 £29.4 14
14 Cardiff £28.5 0 £28.5 18
15 Manchester City £62.5 £37.4 £25.2 1
16 Crystal Palace £9.5 0 £9.5 12
17 Leicester £81 £75.1 £5.9 9
18 Tottenham £0 £2.2 £2.2 4
19 Watford £30.3 £43.7 £13.4 11
20 Newcastle £17 £45.2 £28.2 13

Berdasarkan rekod perbelanjaan diatas, adalah sukar untuk mengatakan bahawa Kroenke mengabaikan Arsenal sepenuhnya.

Malah untuk mengatakan bahawa beliau kedekut juga sukar untuk diterima.

Namun pasti ada yang tidak selesa dengan statistik dan data diatas.

Rujukan dan sumber:

  1. https://www.theguardian.com/football/2018/aug/07/arsenal-stan-kroenke-offer-buy-club-outright
  2. https://www.transfermarkt.com/fc-arsenal/transfers
  3. https://www.express.co.uk/sport/football/1001183/Transfer-news-Premier-League-net-spend
  4. https://www.premierleague.com/tables
About MyGooners 865 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment