Connect with us

Barcelona

Ronald Koeman terkedu dengan sikap pemain Barcelona

Published

on

Pengurus Barcelona menghentam para pemainnya selepas tewas 2-1 kepada Cadiz.

Alvaro Negredo menjaringkan gol kemenangan pasukannya, dan dengan kekalahan ini menyaksikan pasukan bimbingan Koeman di tangga ketujuh La Liga dan hanya tiga mata di atas zon penyingkiran.

Koeman percaya yang sikap para pemainnya yang patut dipersalahkan dalam kekalahan ini dan dia terkejut dengan cara jaringan gol Negredo.

Advertisement

Seperti yang dilaporkan oleh Marca, Koeman berkata: ‘Sukar untuk menjelaskan kekalahan ini,’ kata Koeman selepas perlawanan.

‘Kami hadir dalam perlawanan ini selepas melalui beberapa perlawanan yang bagus, tetapi separuh masa pertama tidak bagus. Kami lebih baik pada separuh masa kedua, tetapi cara kami tewas sangat menakjubkan. Kami tewas kerana kesilapan yang tidak dijangka akan dilakukan. Ia berlaku kerana kurang fokus. Sikap juga tidak bagus pada malam ini, dan bukan hanya daripada para pemain pertahanan.

Lionel Messi tidak senang hati tewas 2-1 kepada Cadiz

‘Ianya sukar untuk menjelaskan gol-gol yang kami telah lepaskan. Saya fikir ia mungkin kerana kurang tumpuan. Kami kurang agresif apabila tidak memiliki bola. Mungkin itulah penyebab kami bolos. Tidak mudah untuk menjelaskan gol kedua itu.’

Alvaro Gimenez memberikan gol pendahuluan awal untuk Cadiz, tetapi jaringan gol sendiri Alcala membenarkan Barca menyamakan kedudukan.

Walaubagaimanapun, mereka akhirnya tewas dan banyak yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kedudukan mereka di dalam liga.

Advertisement

Masih ada masa untuk Barcelona mengubah nasib mereka dan mereka juga mempunyai kelebihan satu perlawanan, tetapi Koeman lebih berwaspada dengan prestasi pasukannya.