Statistik mengejutkan mencerminkan Arsenal sememangnya longlai.

Prestasi tidak bermaya Arsenal merisaukan peminat dan penyokong.

Arsenal musim ini mempamerkan aksi terburuk sehingga kebanyakan peminat dan penyokong telah berputus asa untuk menyaksikan The Gunners menamatkan saingan kali ini di kalangan enam teratas.

Memiliki beberapa pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam skuad ketika ini, namun tampil dengan aksi tidak bermaya membuatkan lebih banyak persoalan mengapa ini terjadi dan ianya juga agak membingungkan.

Di jentera serangan, Arsenal dipimpin Pierre-Emerick Aubameyang yang pernah dinobatkan pemenang Kasut Emas pada musim 2018/19 dan menduduki tangga kedua senarai penjaring terbanyak musim berikutnya (musim lalu).

Pemenang Kasut Emas musim 2018/19.

Selain memiliki Aubameyang, jentera serangan The Gunners juga memiliki Alexandre Lacazette, yang mampu menyumbang serta membantu pasukan menjaringkan gol.

Manakala pada bahagian tengah, Arsenal memiliki pemain baharu yang dibawa masuk pada musim ini iaitu Thomas Partey.

Kehadiran Partey dilihat mampu memberi sokongan pada jentera tengah Arsenal yang sebelum ini dilihat sedikit goyah dan pemain ini juga mampu membantu barisan pertahanan yang mana kehadiran Gabriel Magalhaes juga sedikit sebanyak mengukuhkan benteng pasukan.

Boleh dikatakan Arteta seoalah-olah menyelesaikan masalah yang melanda barisan pertahanan Arsenal.

Aubameyang hanya kekurangan satu gol untuk menduduki ataupun dinobatkan pemenang bersama bagi katogeri Kasut Emas musim 2019/20.

Namun entah dimana silapnya, The Gunners tewas tujuh daripada sepuluh perlawanan liga terakhir mereka.

Statistik dibawah menjelaskan mengapa penampilan buruk Arsenal dan sebahagiannya amat mengejutkan.

STATISTIK JARINGAN

Walaupun mempunyai barisan penyerang berkualiti, namun hanya Burley, Sheffield United dan West Brom, yang semuanya berada di zon penyingkiran telah menjaringkan gol lebih rendah daripada The Gunners musim ini (setakat ini).

Hanya 3 pasukan yang menjaringkan gol lebih rendah dari Arsenal iaitu Burnely, West brom dan Sheffield United.

Malah dari segi rekod gol sendiri, Arsenal telah menjaringkan gol sendiri sebanyak tiga gol dan jumlah itu menyamai dengan jumlah jaringan yang dihasilkan dalam tujuh perlawanan liga terakhir.

Jika mengambil kira faktor xG, tidak mustahil Arsenal musim ini sekadar menamatkan tempat dikelompok bawahan, sekiranya prestasi sebegini berterusan.

Subjects Total Rank
Goals 12 17
Expected Goals 15.6 14
Goals per game: 0.9 17
Shots: 146 14
Shots per game: 10.4 15
Shots on target per game: 3.3 17
Shot conversion rate : 8.2 14
(All stats from Opta – all relate to league matches)

ARTETA vs EMERY

UNAI EMERY LEBIH BAGUS BERBANDING MIKEL ARTETA

Suka atau tidak, itulah kenyataannya dimana statistik yang dimiliki bekas pengendali Arsenal, Unai Emery jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Mikel Arteta bagi tempoh 34 perlawanan liga pertama masing-masing.

Hari ini, menandakan genap setahun Arteta mengambil alih jawatan sebagai pengurus Arsenal selepas Unai Emery dipecat ekoran prestasi dan keputusan buruk dicatatkan.

Emery bergelut dengan tekanan ketika menggalas peranan pengendali baharu Arsenal, yang menyaksikan The Gunners dipimpin oleh orang baharu selepas lebih dari dua dekad Arsene Wenger mengendalikan pasukan Utara London ini.

Pengendali Sepanyol itu sebenarnya telah memulakan ataupun menjalankan tugasnya bersama The Gunners dengan cara yang lebih baik daripada Arteta.

Dalam 34 perlawanan liga pertamanya sebagai pengendali Arsenal, Emery hanya mencatatkan lapan kali kekalahan.

Sekiranya Arsenal kalah dalam perlawanan EPL seterusnya ditempat sendiri kepada Chelsea pada Boxing Day, maka Arteta akan merekodkan kekalahan sebanyak 13 kali dan itu memberikan jumlah yang sama dengan kemenangan yang dicatatkannya ketika ini.

Pada musim 2019-20 ketika Emery dipecat, beliau telah mengumpulkan lebih banyak mata (18) dalam lebih sedikit permainan (13) dari apa yang ketika ini dilakukan Arteta pada musim ini.

Walaupun terkenal dengan penghasilan ataupun peningkatan pemain seperti Leroy Sane dan Raheem Sterling di Manchester City ketika membantu Pep Guardiola, namun Arteta bersama Arsenal gagal menghasilkan peningkatan dalam menciptakan peluang menjaringkan gol untuk Arsenal dibandingkan dengan Emery.

Dibawah Arteta, ianya jelas tidak memberikan peningkatan yang diingini oleh peminat dan penyokong The Gunners, namun perlu diingat, bahawa Emery mewarisi pasukan Arsenal yang jauh lebih baik daripada Arteta.

Wenger dimusim terakhirnya, membawa Arsenal menamatkan saingan ditempat keenam EPL dan skuad tersebut diambil alih Emery, sementara Arteta ditugaskan untuk memimpin pasukan yang diwarisi hasil peninggalan bekas bos PSG yang hanya mencatat dua kemenangan dalam 13 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Arteta juga telah memperbaiki kelemahan Arsenal pada bahagian pertahanan dengan menyaksikan tahap bolos pasukan lebih sedikit daripada pasukan Emery dalam 34 perlawanan liga pertama mereka.

Malah Arteta juga memberikan trofi untuk The Gunners pada musim pertamanya dalam pengurusan dan bersama pasukan selaku pengurus.

Tetapi di sebalik rekod buruk yang dimiliki Emery, beliau tidak pernah membawa Arsenal menghampiri zon penyingkiran EPL.

JUMLAH MATA

Arteta telah mengumpulkan 14 mata dari 14 perlawanan liga musim ini, manakala Emery memperoleh 18 mata dari 13 perlawanan pembukaannya ketika dia dipecat oleh Arsenal.

34 perlawanan pertama liga
Emery vs Arteta
20 Menang 13
6 Seri 9
8 Kalah 12
68 Jaringan 42
43 Bolos 37
66 Mata 48

Sudah pasti Arteta perlu segera mencari jalan penyelesaian atau beliau berdepan dengan kemungkinan menyertai rakan senegaranya disingkirkan dari Emirates.

Jendela perpindahan musim sejuk ini, pasti menjadi penentu buat Arteta sekiranya masih diberikan peluang oleh pihak pengurusan tertinggi Arsenal untuk mengendalikan pasukan.

Kemasukan pemain berkuali sangat diperlukan setelah pembelian ataupun kemasukan pemain baharu pada musim panas lalu menjadi mimpi ngeri dan bahan gurauan.

Willian, walaupun dibawa masuk secara percuma, namun bayaran gajinya yang agak tinggi menjadi perdebatan setelah hasil yang diberikan bekas pemain Chelsea itu hanya melakukan satu percubaan tepat dalam 15 perlawanan kompetitif untuk The Gunners.

Dua pemain Chelsea yang kini mewakili Arsenal dan kedua-duanya berasal dari Brazil.

Bagi penulis, Arteta tidak perlu berbelanja mewah pada jendela perpindahan Januari ini, cukup sekadar membawa seorang pemain tengah yang mempunyai kreativiti kerana kehadiran Partey sudah mampu untuk mengimbangi defensif diantara bahagian serangan dan pertahanan.

Hanya kekurangan kretiviti yang menyaksikan jumlah serangan dan percubaan Arsenal ketika ini merosot, melainkan Arteta sanggup memberi peluang kepada Ozil (dengan mendaftarkan pemain ini pada Januari nanti).

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment