Adakah Arsenal sedang berunding pertukaran pemain Eriksen – Torreira?

Christian Eriksen dan Lucas Torreira dikaitkan dengan perpindahan secara pertukaran pemain antara Arsenal dan Inter Milan.

Inter Milan sedang mengintai peluang untuk menamatkan tempoh bergelut Christian Eriksen bersama kelab dengan menyenaraikan dia dalam satu perpindahan potensi melibatkan pertukaran pemain Arsenal.

Lucas Torreira adalah pemain yang dikatakan akan disertakan dalam perbincangan ini yang bakal menyaksikan dia kembali ke Itali. Dia merupakan pemain penting di Sampdoria sebelum berpindah ke Stadium Emirateas pada musim panas 2018.

Selepas menyertai Inter dari Spurs dalam perjanjian bernilai £25 juta, banyak pihak menjangka Eriksen dapat mempamerkan tahap permainannya di Spurs, namun dia tidak berjaya melakukannya selepas bergelut untuk menyesuaikan diri dengan falsafah permainan Antonio Conte.

Perkara yang hampir sama berlaku pada Torreira, bergelut untuk mendapatkan minit permainan sejak meninggalkan Arsenal untuk menyertai Atletico Madrid secara pinjaman pada awal musim ini.

Menurut laporan penerbitan Itali Tuttosport, Inter kini mempertimbang perjanjian pertukaran pemain antara Eriksen dan Torreira.

Ini menunjukkan perpindahan hajat besar mengambil faktor permusuhan setempat dengan Arsenal yang dilalui pemain antarabangsa Denmark ini semasa tempohnya bersama Tottenham, di mana dia membuat 305 penampilan dalam semua pertandingan antara 2013 dan 2020.

Lucas Torreira

Laporan tersebut mendakwa Inter sedang mencari pemain sandaran kepada pemain tengah Croatia Marcelo Brozovic, dan sedang mempertimbang untuk mendapatkan Torreira.

Walaubagaimanapun, perpindahan ini mungkin sukar untuk direalisasikan kerana pemain antarabangsa Uruguay ini sudah pasti menginginkan masa bermain yang kerap selepas bergelut untuk mendapatkan kepercayaan Diego Simeone untuk mengemudi barisan tengah Atletico.

Torreira membuat 13 penampilan dalam semua pertandingan setakat ini pada musim ini di Stadium Wanda Metropolitano.

Baru-baru ini juga Valencia menunjukkan minat terhadap Torreira berikutan kekurangan masa permainannya di Atletico, juga pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Fiorentina dan Torino.

Sementara itu, Eriksen terpaksa menanggung pergelutan sendiri di San Siro, melihat namanya semakin ke bawah dalam senarai pemain tengah Conte, hanya menjaringkan empat gol dan empat bantuan gol dalam 40 penampilan.

Eriksen tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pemikiran Conte dan hari-harinya di San Siro nampaknya sudah boleh dikira.

Rundingan dilaporkan masih belum bermula antara Inter dan Arsenal mengenai potensi perjanjian pertukaran pemain.

Tetapi, kelab Serie A ini mencari kelab yang berupaya membayar gajinya secara penuh.

Christian Eriksen tidak sesuai di Inter dan mahu segera menghidupkan kembali kariernya

Be the first to comment