Adakah Turki menjadi destinasi Ozil?

Mesut Ozil dilaporkan bersetuju dengan Arsenal untuk menamatkan kontraknya lebih awal.

Kedua-dua pihak dilaporkan bersetuju untuk berpisah secara baik dengan Mesut Ozil sedia menamatkan kontraknya lebih awal.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan Ozil sedia menawarkan peluang kepada Arsenal untuk melepaskannya pada bulan ini – dengan membahagikan baki kontraknya untuk tiga tahun yang akan datang.

Ozil mempunyai pilihan untuk meninggalkan Emirates pada jendela perpindahan kali ini, namun The Gunners perlu membayar baki kontraknya selama enam bulan dengan gaji setinggi 350,000 pound seminggu.

Pemenang Piala Dunia itu tidak mahu mengorbankan baki gajinya berjumlah 8.75 juta pound itu untuk Arsenal melepaskannya meskipun beliau menjadi sasaran Fenerbahce dan DC United.

Namun Sunsport difahamkan beliau bersedia untuk membantu Arsenal menyelesaikan masalah tersebut.

Ia adalah dengan cara mengurangkan gaji mingguan kepada 68,000 pound sehingga musim panas 2023.

Meskipun mereka terpaksa membayar gaji Ozil untuk tempoh dua tahun setengah, namun ia dapat mengurangkan komitmen gaji pemain tersebut sebanyak 1.2 juta pound sebulan.

Dengan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) terjejas teruk susulan COVID-19, pembayaran jangka masa panjang itu mungkin menjadi tawaran yang menarik kepada The Gunners.

Pilihan lain adalah dengan menawarkan wang untuk baki enam bulan yang tinggal kerana jika tidak, beliau lebih suka untuk kekal sehingga musim panas nanti.

Namun, perkembangan hari ini menyaksikan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan kisah pelepasan pemain ini.

Ozil dijangka tiba di Turki hujung minggu ini untuk menyelesaikan perpindahannya ke Fenerbahce pada hari Isnin sebagai ejen bebas.

Bekas pemain antarabangsa Jerman itu difahamkan telah mencapai persetujuan dengan Arsenal mengenai syarat-syarat menamatkan kontraknya dengan persetujuan bersama.

Perkembang terbaru ini juga menyaksikan impian Ozil untuk menamatkan baki kontraknya tidak kesampian bersama Arsenal dan dengan kelab Turki pula, Fenerbahce mendesaknya untuk menyertai mereka dengan segera pada jendela perpindahan kali ini.

Sekali gus menamatkan ‘penderitaan’ Ozil yang tidak bermain bolasepak kompetitif di Arsenal, dengan bersedia melepaskan sebagian besar gajinya untuk mencapai kompromi dan pergi menyertai Fenerbahce.

Presiden Fenerbahce, Ali Koc pada hari Selasa mengatakan bahawa kemajuan sedang dicapai dan pengarah sukan, Emre menambahkan bahawa langkah ‘impian’ semakin dekat.

“Saya kelihatan sangat positif bagi pihak komuniti dan presiden, tetapi saya tidak melihatnya dengan mudah.

“Kami mempunyai rancangan sendiri, ” kata Emre kepada wartawan.

Emre said the Turkish giants were ‘closer than ever’ to Ozil and have met with him and his agent. Credit Phot: Daily Mail

“Mesut juga mempunyai kontrak dengan kelabnya. Dia adalah superstar.

“Kami bercakap mengenai pemain yang membantu gol dalam setiap perlawanan di setiap kelab yang dimainkannya.

“Saya akan sangat gembira sekiranya Fenerbahce mempunyai pemain seperti itu.

“Kami mengadakan pertemuan dengan dia dan pengurusnya.

“Mesut lebih dekat dari sebelumnya.

“Fakta bahawa Mesut mempunyai impian masa kecil dan Fenerbahce mempunyai impian telah menjadikan langkah ini begitu dekat untuk pertama kalinya

Emre menekankan bahawa sekiranya Ozil menandatangani kontrak tersebut, perkembangan itu tidak akan mengganggu struktur gaji kelab sedia ada.

“Setelah proses pertemuan dengan kelab Mesut selesai, kami akan mengadakan pertemuan antara kami.

“Sekiranya Mesut bersetuju dengan kelabnya [Arsenal] mengenai syarat yang kami mahukan, ini tidak akan meluaskan had kewangan kami tahun ini.”

Ozil juga baru-baru ini mengatakan tentang minatnya kepada Fenerbahce semasa soal jawab di laman Twitternya.

“Saya dibesarkan sebagai peminat Fenerbahce ketika saya masih kecil di Jerman – setiap orang Jerman-Turki menyokong pasukan Turki ketika mereka membesar di Jerman.

“Dan saya adalah Fenerbahce.

“Fenerbahce seperti Real Madrid di Sepanyol. Kelab terbesar di negara ini.

Ketika ditanya oleh pengikut Twitter lain yang mengenai daerah kesukaannya di kota itu, Ozil menjawab ‘Kadikoy‘, di mana terletaknya stadium kelab tersebut.

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment