Arsenal akan meminjamkan Reiss Nelson.

Arsenal bersedia untuk menghantar Reiss Nelson secara pinjaman minggu ini.

The Sun mengatakan pemain berusia 21 tahun itu gagal memikat pengurus pasukan Mikel Arteta musim ini dan ini dapat dijelaskan dengan dia hanya membuat sembilan penampilan dalam semua pertandingan.

Nelson telah muncul dalam aksi Liga Perdana Inggeris dua kali musim ini dengan kedua-dua persembahannya disaksikan pada bulan November lalu.

Malah dia juga tidak berada (tidak disenaraikan) dalam skuad perlawanan yang tersingkir dari Piala FA ketika menentang Southampton semalam.

Ini menyebabkan spekulasi bahawa pemain muda Inggeris itu akan keluar dari Utara London untuk sementara waktu.

Menurut wartawan PA, Mark Mann-Bryans, Nelson kemungkinan dapat menjalinkan hubungan dengan sebuah kelab Championship.

Dia membuat kicauan di laman twitter, menulis : “Arsenal meninjau potensi pinjaman bersama kelab Championship untuk Reiss Nelson bulan ini.

“Waktu permainannya telah kering dan perkembangannya terhenti – kelab jelas melihat peningkatan dalam (Emile) Smith Rowe berikutan tugasnya di Huddersfield.

“Boleh menjadi satu perkembangan dalam beberapa hari mendatang.”

About MyGooners 905 Articles
Sekadar menulis mengisi masa lapang.

Be the first to comment