Connect with us

Arsenal

Arsenal berminat dapat Martin Odegaard.

Published

on

Arsenal dilaporkan telah memulakan langkah untuk memiliki perancang Real Madrid.

Demikian menurut Sky Sports pada hari Rabu yang telah mendakwa bahawa Mikel Arteta adalah peminat kepada pemain antarabangsa Norway.

Odegaard menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Real Sociedad tetapi dipanggil semula oleh Los Blancos untuk membantu memperkuatkan usaha mereka dalam merebut kembali gelaran liga.

Namun, pemain berusia 22 tahun itu hanya bermain lima minit dalam enam perlawanan terakhir dan ini mencetuskan kebingungan dikalangan penyokong Real mengapa Zinedine Zidane, yang sepertinya cukup menghargai pemain tengah muda itu (memanggil kembali dari tempoh pinjaman), tetapi tidak memberi ruang kepada pemain itu beraksi.

Advertisement

Cukup menarik, Odegaard telah memulakan musim ini dalam perlawanan besar, termasuk menjadi kesebelasan utama ketika menentang Real Sociedad dan perlawanan Liga Juara-Juara menentang Inter Milan, tetapi baru-baru ini beliau gagal berada dalam senarai skuad utama yang seterusnya menimbulkan persoalan mengenai kemampuan sebenar pemain itu.

Awal hari ini, laporan di akhbar Sepanyol menunjukkan bahawa pemain itu memberitahu Zinedine Zidane mengenai niatnya untuk terus dipinjamkan pada jendela perpindahan ini.

Sky Sports kini telah mengesahkan bahawa Arsenal adalah salah satu kelab berminat dengan khidmatnya.

Kenapa Odegaard mahu berpindah mengikut laporan dari Sepanyol (ringkasan).

Laporan Marca.
  • Kekurangan minit permainan.
  • Dia mahukan pinjaman baharu kerana dia hampir tidak termasuk dalam perancangan Zidane.
  • Kembali ke Real Sociedad adalah pilihan utamannya.
  • Bermain untuk sesuatu yang lebih daripada kebanggaan.
Laporan AS.
  • Pemain Norway memberitahu kelab bahawa dia mahu pergi kerana kekurangan peluang beraksi.
  • Dia bermain sembilan perlawanan musim ini dan hanya lima minit pada setengah bulan terakhir .
  • La Real mahukan pemain, tetapi ada pilihan lain.

Mengapa Arsenal mesti menandatangani Martin Odegaard?

Sehinggalah Mikel Arteta memberi Emile Smith Rowe (ESR) permulaan yang sangat diperlukan di Liga Perdana musim ini, Arsenal sudah pun hancur.

Advertisement

The Gunners terus berada di kelompok bawahan liga, bergelut dengan usaha dari zon penyingkiran.

Namun, ESR bersama Kieran Tierney berjaya memberi inspirasi kepada pasukan untuk mengumpul mata di laman sendiri dan lawan.

Walaupun tiga gol dalam lima permulaan untuk Arsenal, ESR masih memerlukan masa untuk berkembang kerana dia baru berusia 20 tahun.

Sekiranya Arsenal mengimpikan musim yang berjaya dan berdasarkan peningkatan prestasi baru-baru ini, mereka memerlukan pemain yang dapat memberikan aksi terbaik setiap minggu.

Dengan pilihan terhad untuk mengisi dan memberi saingan kepada ESR, Odegaard boleh menjadi pemain tengah / perancang yang dilihat sebagai sasaran berpotensi.

Advertisement

Madrid menandatangani pemain perancang berbakat ini pada Januari 2015 dari Stromsgodset dan kelab itu segera menghantarnya ke pasukan muda mereka, RM Castilla.

Pemain itu berterusan dipinjamkan ke beberapa kelab sepert Heerenveen, Vitesse dan Real Sociedad.

Odegaard menarik perhatian gergasi bola sepak di seluruh Eropah ketika dia menikmati musim cemerlangnya bersama Vitesse pada 2018/19.

Beliau mempunyai jumlah jaringan sebanyak 18 dan 11 bantuan gol dalam saingan liga (Eredivisie) sepanjang tempoh pinjamannya.

Advertisement
Statistik Odegaard musim 2018/19 bersama Vitesse.

Bersama Real Sociedad pada 2019/20, Odegaard bersinar di La Liga dengan empat gol dan enam bantuan gol.

Pemain itu cemerlang mengemudikan bahagian tengah Sociedad dari segi kadar penyelesaian hantaran dan kunci hantaran.

Dia mempunyai 2.14 hantaran utama setiap perlawanan berbanding dengan 0.87 ESR.

Statistik itu masih gagal mengatasi apa yang dicatatkan Mesut Ozil iaitu sebanyak 3.33 kunci hantaran per perlawanan untuk Arsenal, namun Odegaard masih mempunyai masa untuk mencapai puncak permainannya.

Dengan kata lain, pemain itu masih belum mencapai tahap utamanya.

Pemain antarabangsa Norway telah bermain hanya 367 minit di semua pertandingan untuk Real Madrid musim ini.

Advertisement

Dengan masa berlalu untuk pemain itu, dia ingin berpindah dari Bernabeu dan mengukir nama untuk dirinya dalam dunia bolasepak.

Juga, pemain berusia 22 tahun itu tampil dalam pertandingan elit Eropah, Liga Juara-Juara.

Selepas Arsenal gagal membawa Aouar pada musim panas, Martin Odegaard dapat menjadi penyelesaian sementara untuk The Gunners dan mencetuskan saingan dikalangan pemain sedia ada bagi menghasilkan peningkatan pasukan secara keseluruhan.

Arsenal akan menghadapi kesukaran untuk memikat Odegaard ke Utara London Utara kerana pasukan seperti Manchester United dan Liverpool mendahului mereka dalam perlumbaan mendapatkan pemain itu.

Advertisement

Namun, Arsenal adalah satu-satunya pasukan di antara kelab Liga Perdana Inggeris yang dapat menjanjikannya minit permainan, sekiranya dia berpindah ke Emirates.

Apa pendapat anda mengenai Martin Odegaard?

Advertisement